Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Alkisahnya beberapa hari lepas saya ada buat lebih kurang quiz lah pada unit saya. Untuk pengetahuan, bila kita dah jadi Mary Kay Independent Sales Director, kita ada unit sendiri yang perlu di-lead. So perlu ada daily improvement betul? Saya decide untuk improve diri sendiri lah especially, in leading dan nak tahu apa feedback dorang sejak join Mary Kay.
Yang positive saya jadikan pemangkin semangat dan yang negatif saya nak betulkan supaya semua orang happy. Maka saya curious nak tahu! Soalannya berbentuk begini:
1. Adakah anda happy di Mary Kay?
2. Jika ya atau tidak, mengapa?
*Negative feedback juga dialu-alukan. Jangan segan*
OK jujurnya saya mengharapkan jawapan yang negative sebab saya nak sangat tahu apa yang perlu diperbetulkan. Tapi saya dapat jawapan sebegini...
Nama: Atikah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa?: Sebab banyak belajar benda baru dari kawan kawan yang pemurah nak share ilmu. Nak tolong. Yang always so supportive and always wishing success for each other. And also as pengguna MK, happy dengan product. Really solve the problems that I had.
Nama: Huda
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Kerana saya dapat income sebagai surirumah, mengasah bakat berniaga, bertemu dengan ramai wanita di luar sana, pakai barang berkualiti dan sihat untuk kulit, dan mengasah bakat menjadi ketua perniagaan dalam kumpulan.
Nama: 'Aisyah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Dapat guna produk berkualiti dengan harga istimewa. Dapat ramai kawan baru sebab Aisyah bukan jenis pandai berkawan. Dapat tolong kawan2 dan family dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Diaorang happy, Aisyah pun happy. Dapat banyak ilmu kecantikan. Selama ni memang tak pernah ambik tahu pun pasal kulit. Thank God kenal Mary Kay awal. Kalau tak, muka mesti makin lama nampak tua je hihi. And the list goes on...
Nama: Roshapiza
Happy/Tidak: Yes
Mengapa: Gain self confident untuk berdepan dengan orang, perubahan dari segi penampilan dan kulit muka, lebih positif, sambil cantik sambil dapat duit, paling best dapat family baru yang selalu tolong tanpa mintak balasan pun dan 'Mak' yang tak pernah jemu ajar anak anak dari zero to hero.
Nama: Furaa
Happy/Tidak: Definitely Yes
Mengapa: Capai high level of confident, banyak knowledge tak kira apa sudut, hadiah hadiah dan hadiahhhh hehe, income tak perlu tunggu gaji, positive mindset no matter how hard it takes, quality time with phone and social media dan banyakkkkk lagiiiii
Nama: Farahanie
Happy/Tidak: Happy! Happy! Happy!
Mengapa: Boleh try semua skincare yang ada dalam Mary Kay even sample! Tiba-tiba jadi peramah padahal dulu malu-malu jugak sikit hehe, self confident dah naik ke high level, dapat hadiah selalu dan hadiah skincare paling heaven! Dapat ilmu kecantikan FREE, ilmu nak buat income pun FREE plus dapat pulak cikgu yang tak kedekut ilmu. Income masyukkk! Even tak kenal pun satu sama lain dari unit ni, tapi dah macam one big family. Itulah Mary Kay!
Nama: Jehan
Happy/Tidak: Yes
Mengapa: I am a boss, I am a president. Suka dengan balanced priorities culture Mary Kay iaitu Pertama Tuhan, Kedua Keluarga, dan Ketiga Kerjaya. Punyai team dan leader yang supportive dan cooperative. Dapat kulit sihat, cantik, dan dapat duit dalam masa yang sama.
Nama: Yan
Happy/Tidak: Of course happy gilaa!
Mengapa: Income tak kira masa tak payah tunggu gaji hujung bulan ada saja duit masuk, kulit yang sihat dan cantik baru sedar dulu yang kononnya ok, padahal kering kusam. Lebih dikenali, boost self confident yang dah lama hilang, Rasa diri ni reborn! Relationship husband and wife semakin rapat dan mmg ada perubahan - lebih memahami dan saling give & take. Semakin hari semakin sayang pulak hihi. Ilmu yang tak terkira harganya pergi mana-mana pun, mesti ada ilmu yang kita dapat. Dan hadiahhhh...dulu nak dapat hadiah seketul pun susah. Hari jadi pun tak tentu dapat lagi haha.
Nama: Kak Fiza
Happy/Tidak: Sangat-sangat Happy
Mengapa: Kulit cantik penampilan menarik, ilmu kecantikan yang tak lokek dikongsi bersama, hadiah semestinya hakak suka hihi, dapat bantu orang lain yg memerlukan kulit cantik dan sihat. Sentiasa berfikir bercakap yang positve dan baik2. Dapat income yang tak disangka-sangka, yang penting encik suami bertambah semangat nak ber MK hahaha.
Nama: Kak Ina
Happy/Tidak: Happy sangat-sangat lepas join MK
Mengapa: Kulit yang dulu hancur hasil penggunaan produk pengelupasan tapi sekarang Alhamdulillah semakin pulih. Macam tak percaya tau, dulu kawan satu tempat kerja tak pernah pun tegur kita tapi lepas tengok perubahan pada kita wow semua pakat pakat kawan dengan kita. Dulu baru 2-3 hari dapat gaji duit dah habis sebab bayar macam-macam, nak belanja pun fikir tapi sejak join MK Alhamdulillah. Dulu selalu tertanya-tanya sapelah nak bagi aku hadiah ni, bestnya kalau orang bagi surprise tapi lepas join MK semuanya wow memang tak dijangka. Sebulan tu bukan dapat satu hadiah je tapi berhadiah-hadiah :)
Nama: Sara Lisa
Happy/Tidak: Terlalu happy dan tiada penyesalan join MK
Mengapa: Dapat terlalu banyak ilmu yang bermanfaat terutama untuk diri sendiri dan boleh share dengan orang lain. Kulit pun dah terasa sihat berbanding dulu dan dah pandai makeup sikit hasil tunjuk ajar semua dalam unit. Tq semua :) Self confident pun dah lebih tinggi berbanding dulu walaupun tak sepenuhnya. Income yang sedikit sebanyak membantu terutama saat memerlukan macam ni. Dapat hadiah yang buatkan diri rasa sangat dihargai dan rasa nak usaha lebih lagi.
Nama: Dieda
Happy/Tidak: Alhamdulillah rasa bersyukur dapat jadi family Mary Kay, happy dan berbaloi
Mengapa: Dapat pakai barangan Mary Kay secara percuma basically Dieda akan guna keuntungan dari jualan untuk beli barang Mary Kay untuk diri sendiri. Improve confidence level, haruslah kulit dah cantik lagi confident kita orang perempuan hehe. Dapat duit tiap bulan hasil jualan Mary Kay. Dapat hadiah dari SD Lily, kalau kerja hakiki manalah boss nak bagi hadiah kan?
Nama: Hawa
Happy/Tidak: Happy sangat sangat :)
Mengapa: Sebab dapat macam-macam ilmu kat dalam ni. Cara nak berbisnes, pasal jenis kulit dan cara menjaga kulit untuk diri sendiri dan boleh share dengan orang lain. Makin hari kulit makin sihat dan berseri. Boleh bantu tambahkan income keluarga, banyak benefit hadiah dan sebagainya. Juga dapat ramai kawan baru yang sempoi, supportive dan tak kedekut ilmu untuk dikongsi dan saling membantu.
Nama: Nurul Esmah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Dapat new family members yang sangat ohsem kat RLS unit ni. Dapat belajar banyak benda baru, pasal bisnes, produk, skincare etc. Jumpa produk yang sangat superb untuk bantu rawat kulit, jana pendapatan melalui bisnes, bina keyakinan diri :)
Nama: Kak Nisa
Happy/Tidak: I am feeling happy :)
Mengapa: Rasa cantik hihi, rasa puas, rasa lengkap, dan part yang buat saya happy adalah cabaran kepada diri sendiri dalam usaha mencantikkan dan sihatkan kembali wajah, uji tahap kesabaran dan semestinya cabaran kepada diri untuk share produk dan sesuatu yang bagus pada orang lain :)
Nama: Iqah
Happy/Tidak: Yes, happy sesangat
Mengapa: Keyakinan diri bertambah almaklumla dulu tak cantik, muka pucat. Dapat harga diskaun untuk kegunaan sendiri, kalau dulu nak beli produk kecantikan RM200 rasa mahalnyaa...sekarang ni manfaatkannya. Banyak pengetahuan dapat belajar tentang produk, tentang masalah kulit dan perangai customer...yang bestnya bila tang hadiah, setiap awal bulan nk tau hadiah hehe. Dapat bantu wanita untuk cantik, akan rasa bangga bila kita dapat respond yang kulit dorang dah start elok. Yang penting income huhu. Walaupun setakat ni tak seberapa sebab baru join tapi akan diusahakan untuk tambah income. Ish banyak lagi laa...
HONESTLY, I DON'T EXPECT SUCH FEEDBACKS! Rasa nak nangis baca masing-masing happy dengan apa yang dorang buat sekarang ni. Niat asal nak perbaiki diri supaya unit capai apa yang dorang nak, rupanya dorang dah pun rasa best join Mary Kay dan jadi sebahagian dari unit saya. Terharu huhu. Jadi since byk feedback dan mungkin boleh jadi pendorong pada yang dah lama tercari-cari bisnes, boleh lah jadikan blog ini sebagai rujukan ya. Semoga semuanya capai tahap kehidupan yang lebih baik. Amin ya rabbal alamin.
Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Independent Sales Director (Royal Lilies Swan Unit)
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant
DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.