Sunday, 18 November 2018

Kelebihan Timewise Miracle 3D Yang Semua Orang Teruja!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Vahvahvah syabas beta! Akhirnya I timbul lagi hihi. Ekceli kan, RAMAI sangat yang menanti entry kali ni, tentang Timewise Miracle 3D yang baru saja release to the market pada Oktober 2018. That means baru 2 months lah tu.. Tapi sambutannya sangat sangat luar biasa, masya Allah. I perasan trend Mary Kay memang gitu tau. Setiap produk yang dikeluarkan sangat dinanti oleh semua orang, bukan saja seluruh Beauty Consultant. Lebih lebih lagi, Timewise Miracle adalah satu BEST SELLER skincare. Apa tak nya? Entry I tentang Timewise Miracle here menerima visit sebanyak lebih 30,000 kali. Cuba chuols bayangkan!

Dan customer I sendiri mostly pengguna setia Timewise Miracle. Paling penting, I sendiri - pengguna tegar Timewise selama 3 tahun, sejak join Mary Kay mmg inilah dia. So you rasa I tak terkujat dengan berita Timewise Miracle yang selama ini I sayang dan ditatang-tatang sebab berjaya ubah kulit I yang dayang senandung jadi penyanyi Korea akan dihentikan pengeluarannya dan diganti dengan lain ni? I am shocked. Like REALLY SHOCKED! Sikit lagi nak nangis sambil memikir apa akan jadi dengan kulit akuuuuuu ni. Haa gitu sekali merintih uols.

But being a truly Beauty Consultant in the heart, I always believe Mary Kay to the fullest. Haaa to the fullest ko ade. That Mary Kay takkan menukar produk tanpa sebarang sebab. Hikmahnya hanya SATU - UPGRADE. Dan selepas I study macam nak final exam, I finally understand. Dan tak sabar menunggu Timewise 3D to be released!

Syukur I dapat cuba sebulan sebelum product released to Malaysian and you know what? I tak sabar sangat nak bagi my beloved customers untuk bertukar ke Timewise Miracle 3D dengan cepat because it is TOO AWESOME. I dapat rasa kulit I lebih cerah, lebih sihat, lebih glowing, dan tak keterlaluan, lebih muda. Bangun pagi I akan pergi tengok cermin dulu. I feel refreshed. I rasa setiap hari tak sabar menanti perubahan kulit yg seterusnya! Dan I honestly tak sabar nak my existing customers untuk cuba sendiri apa yang I rasa, apatah lagi new customer yang tercari-cari right skincare untuk improve kulit dorang!

TIMEWISE MIRACLE BAGUS
TETAPI TIMEWISE MIRACLE 3D LEBIH BAGUS!




Okay I akan kupas dengan lebih lanjut ya, amende ni 3D bagai ni. Tak fahamlah! OK sila bawak mengucap. Kasi jari jemari I menaip dengan pantas dan susun kata dengan kemas. Taip padam taip padam je nih chuols dok push I tau. I want to give my best lah ni alahhhh chuols ni. Tetibe bebel macam pondan.

Anyway biar I share dulu ape tu 3D?

First D
Defends - melindungi kulit dari radikal bebas melalui kebaikan antioksidan
Second D
Delays - melambatkan tanda penuaan dengan protection dari UVA/UVB
Third D
Delivers - menyampaikan kesan yg boleh dilihat dlm tempoh 4 minggu sahaja

OK dapat? Itu dia maksud 3D. Bukan dengki, dendam, durhaka. Ape ni uols, tu sifat sifat mazmumah. So mesti chuols still tertanya-tanya kenapa pulak nak kena 3D. Pastu ape radikal bebas? Apa signifikan sampai nak tukar whole set ni?

OK now fokus. Nak masuk point lebih berat sebab of course ada scientific theory. Sebelum tu, I nak sentuh sikit tentang Aging. Aging ni ada dua faktor utama yang menyebabkan kulit kita mengalami aging (penuaan) iaitu Intrinsic (internal) dan Extrinsic (external)

Intrinsic - sesuatu yang tak boleh ubah, tak boleh kawal. Contohnya macam faktor genetik, hormon, penuaan secara natural.

Extrinsic - sesuatu yang kita boleh kawal. Contohnya faktor cuaca (sangat sejuk/panas), lifestyle (smoking, alcohol, stress), dan environment (pencemaran) yang menyumbang kepada penuaan kulit.

SATU RESEARCH TELAH DIJALANLAN OLEH SATU KUMPULAN PROFESSIONAL TENTANG INI DAN RESULTNYA SEPERTI DIBAWAH:

"Hanya 20% tanda penuaan datangnya dari proses penuaan yang berlaku secara natural dan 80% selebihnya adalah dari faktor penuaan luaran yang kita dapat kawal seperti uv rays, lifestyle dan pollution"

Sekarang kita nak fahamkan pula apa tu free radical @ radikal bebas. Kita selalu dengar orang sebut kan lepas tu kita pun ikut tapi sebenarnya kita tak faham pun apo bondo eh jang bebas bebas ni. Baguslah bebas tu, benda baik kan?


UNDERSTANDING FREE RADICALS AND ANTIOXIDANTS


Nak bagi ayat simple dulu. Free radical ni adalah perkara atau sesuatu yang mempercepatkan lagi chuols nampak tua. Antioxidant pulak sesuatu yang baik, membuatkan kita jadi muda!

Dari mana datangnya free radical ni dan bagaimana dia terbentuk? Environment. Contohnya operation radiation macam hospital scanner, xray, luggage scanner. Apa lagi? smoking, alcohol, kurang tidur, stress, pencemaran udara, uv light. Semua ni menyebabkan chemical reaction tanpa kita sedar dan beri kesan pada kulit hingga boleh menyebabkan kerosakan pada DNA.


Macam mana free radical attack skin?

Dalam badan kita ada molekul paling kecil, kita panggil Atom. Setiap atom yg sihat akan ada pairing electron, maknanya dia berpasangan. Means untuk kekal sihat, atom mesti ada kawan dia. Kan berdua lebih baik. Tapi datang si free radical (atom juga tapi ada satu elektron sahaja) ni sebagai orang ketiga, merampas salah satu electron dari healthy atom tadi. Jadi situasi ni akan menjadi satu chain reaction, maksudnya jadi cycle. Atom yg kehilangan electron tadi akan rampas pula electron dari healthy atom yang lain dan dia pula yang jadi free radical. Cycle ini berulang-ulang hinggalah sel kulit kita rosak. Scary tak? Kita tak perasan pun kan benda benda ni berlaku sedar-sedar orang teka umur kita 30 walhal baru 25!

Kenapa badan memerlukan antioxidants?


Sebelum free radical pergi rampas electron atom lain, antioxidant bertindak sebagai Penderma. Antioxidant akan beri electron pada free radical tadi dan akhirnya free radical bertukar jadi healthy atom. Dengan kata lain, antioxidant telah menghentikan rampasan/kecurian dengan cara menderma. Jadi penting tak Antioxidant ni? SANGAT.


Sekarang, I nak jelaskan apa kaitan cerita dekat atas ni dengan Timewise 3D. Sebelum tu I nak share sikit video pendek Timewise Miracle 3D. Chuols wajib tengok taw sebab impressive sangat!



POWERFUL INGREDIENTS DALAM TIMEWISE MIRACLE 3D

1. Encapsulated Resveratrol
Beri antioxcidants melalui 3 cara. Pertama, hentikan negative effect dari free radicals pada kulit. Kedua, beri protection pada kulit secara natural misalnya tingkatkan immune system kulit supaya kuat. Ketiga, bantu kulit bekerja secara harmoni/lebih mudah dengan natural antioxidant dalam badan untuk support dan mengekang masalah kulit.

2. Vitamin B3
Sangat famous, multifunction ingredient yang bukan saja bagi benefit dari sudut masalah penuaan, tapi jugak beri kelebihan untuk dapatkan kulit yang cerah berseri. Boleh kurangkan kedut, garis halus, sekatakan tona kulit dan bantu masalah pigmentasi.

3. Age-defying Peptides
Terdiri dari 4 amino acid yang sangat diperlukan kulit dan digabung untuk dapatkan kulit yang nampak muda. Peptides ni jugak support kolagen semulajadi kulit supaya kulit lebih elastin dan percepatkan kulit nampak lebih muda!

YA AMPUN, BEST GILAAAAA!

Susah nak move on tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah para saintis Mary Kay sentiasa cari new findings yang membolehkan kulit kita sentiasa bersedia dengan perkara yang boleh merosakkan kulit chuols. Setiap produk yang dikeluarkan ambil masa minimum 5 tahun, jadi I memang 200% yakin dengan kualiti, keberkesanan dan kemampuan skincare Mary Kay untuk jadikan I lebih cantik dan muda walaupun dah masuk 30 series!


TESTIMONI DARI MARY KAY (BASED ON RESEARCH FINDINGS)



Amacam? Best sangat kan bila dah faham? I tahu ramai yang cuma nak muka licin takde jerawat pastu nak terus muka glowing. Tapi ramai yang tak tahu, kulit glowing semulajadi takkan dicapai kalau kulit chuols tak sihat dulu. Dan kalau nak kulit sihat dan cantik, kena faham dan tahu apa yang kulit perlukan. Timewise Miracle bukan saja bagi kita kulit yang muda, tapi jauhhhhh lebih dari tu.



2 months dengan Timewise 3D.

Jom whatsapp I if tak tahu Timewise 3D adalah jawapan pada masalah skin chuols. I akan recommend skincare terbaik untuk chuols, selari dengan bajet-bajet masing. Dont worry, I peramah dan tak makan orang, I makan nasi je lagi lagi nasi kerabu sedap ui. Use my 3 years experience in Mary Kay to help you!


Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.