Sunday, 13 November 2016

Pengalaman Bergelar Mary Kay Beauty Consultant

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Dah lama jugak sebenarnya pendam perasaan nak share dengan semua, tapi yelah kan - kekangan masa, masa yang terbatas. Semuanya berkaitan dengan masa tau. Kalau ikutkan hari-hari nak update blog ni tapi apakan daya haha.

Jadi alkisahnya I join Mary Kay sebagai BC - Beauty Consultant pada November 2015. Sebelum tu setahun juga jadi agent Toujours Advanced, tapi decided untuk stop due to TA management issue. I pulak jenis tak boleh nak duk diam. Yelah masa tu single, family jauh. Kerja office hour, jadi bila balik kerja tu terkebil-kebil mata tak tahu nak buat apa. Nak keluar jalan pun weekend je yang larat, tak kuasa lah lepas kerja nak pegi jalan kan. So otak I ni jadi dysfunction kalau tak buat apa-apa. Hari-hari fikir nak buat bisnes apa pulak ni. Nak yang profit margin besar dan sesuatu yang I suka - berkaitan dengan wanita of course.

Berminggu-minggu jugaklah fikir, tapi masa ni slow down jual TA sebab niat nak clear stock aje. In between tu fikir bisnes gantian. Maka nak dijadikan cerita I ni ada BFF yang dah lama jadi user Mary Kay tapi dia baru ceburi bisnes MK lebih kurang 2 bulan masa tu. Dia ajak I join lah. I pulak masa tu negative thinking sebab pada I, produk MK ni mahal, byk product pulak tu nak kena hafal so I set it off sebab takut susah nak jual. Bulan 2 nak kahwin, takut tak dapat fokus pulak. Macam-macam fikir tau. Masa ni memang syaitan menghasut anak Adam supaya JANGAN BUAT. Tapi...lepas fikir masak-masak, I join! Sebab satu je perangai I dari dulu tak boleh nak ubah - jangan menyerah kalah kalau tak cuba! So I gave it a chance. I gtau kawan I yang I ready untuk join.

Urusan registration selesai. Modal yang sangat rendah kalau nak dibandingkan dengan semua jenis bisnes yang I pernah buat sebelum ni. Sangat-sangat rendah. I dapat Starter Kit yang bernilai 3x ganda dari nilai registration yang I invest. So I happy hehe. Kalau nak tahu, Mary Kay ni banyak bezanya dengan bisnes lain yang I pernah buat. I put in the list format lah ya senang uols nak baca:


1- Banyak program yang reward I dengan hadiah. 

Program ni sebenarnya untuk beri motivasi kat new Beauty Consultant supaya berusaha dan tak patah semangat sebab kita akan berusaha bersungguh-sungguh kalau ada tangible rewards. Tak kisahlah dari segi duit atau berbentuk hadiah. Samalah macam makan gaji lah. Kerja sungguh-sungguh supaya Performance Rating bagus sebab bila bagus, boleh dapat promotion atau salary adjustment (itupun kalau management you nampaklah hehe). Bezanya, Mary Kay reward kita setiap bulan, kerja pulak reward setiap tahun je!

2 - Memperkayakan dan mencantikkan wanita lain. 

It's not all about money. Mary Kay ada principal - banyakkan memberi daripada menerima. Walaupun Mary Kay bukanlah milik orang Islam, tapi percayalah nilai-nilai murni sentiasa diterapkan. Bagi consultation dengan jujur dengan niat membantu. Jadi kalau nakkan rezeki yang berkat dengan mengutamakan Allah, family dan last sekali career, sinilah tempatnya.

3 - Kasih sayang antara BC dan ketua.

Di Mary Kay, para ketua unit yang dikenali sebagai Sales Director yang mana income nya bukan calang-calang ya. Ada yang cecah 10K, 50K, ada yang cecah 100K sebulan. Tapi the amazing thing is - mereka ingat nama kita dan siapa kita. Whatsapp tanya khabar, ambil berat, cuba motivasikan I kalau I down, propose strategi untuk boost sales dan sebagainya. I tak rasa big boss I di office willing to do that. Setiap effort I diiktiraf!


By knowing these facts - I jenis target-oriented sejak sekolah lagi, jadi I set target untuk grab semua hadiah dan start promote over Instagram dan personal Facebook (later then I created Facebook Page). Yang I tak sangka, I berjaya lepasi semua program dan grab semua hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Hadiah berbentuk Mary Kay products dan hadiah limited edition keluaran Mary Kay. Ini belum termasuk personal income yang cecah 4 angka. Makin berkobar-kobar hihi. Jadi siapa kata kita tak boleh? Usaha dan positive thinking kena seiring. Nasihat I, kena buang perasaan 'I tak boleh', 'tengok dulu macam mana' , 'I tak pernah buat bisnes'.

Sekarang bulan 11, jadi 2 November lepas genap ialah first anniversary I bersama Mary Kay. Rasa terlalu sekejap. In fact, perasaan untuk stay buat bisnes MK 10x ganda lebih jitu berbanding masa mula-mula join.

Pertama, peacefulness dan flexibility. Takda paksaan untuk kejar sales dan sebagainya tapi jadi boss diri sendiri. I buat lebih, I dapat lebih. Boleh share tentang product Mary Kay dan consult customers sambil-sambil jaga anak, sambil buat kerja rumah. Nowadays, 'belajar tinggi-tinggi, duk di ceruk dapur juga' dah tak relevan sebab ramai yang berpusu-pusu nak jana income dari rumah. Sekarang, ramai wanita yang ada Masters dan Phd pun rather buat online business dan kerja dari rumah asalkan dapat uruskan rumahtangga sendiri sebab itu erti kebahagiaan yang sebenar. Anak membesar di depan mata. BC Mary Kay terdiri dari kalangan professional lines macam doctors, lecturers, bank managers, makeup artist bukan calang-calang tau.

Kedua, income. Walaupun I kerja 8 jam sehari di office dengan gaji RM4+++, tapi income Mary Kay setiap bulan juga 4 angka iaitu hampir sama dengan kerja hakiki sebagai Pegawai HR. Bezanya, I hanya buat MK beberapa jam sehari. Tak sampai 2 jam pun. Selebihnya, consult masalah customer dan cadangkan produk terbaik. Takde satisfaction lain berbanding bilamana customer I cakap - 'kulit I dah improve!' Ini perasaan yang miracle bila buat Mary Kay sebab nilai positive dah diterapkan supaya sentiasa memberi, bukan untuk buat duit semata. Jadi kalau I yang bekerja di sektor swasta yang schedule sangat pack setiap hari ni boleh buat, uols pun tentu boleh kan? Lebih-lebih lagi modern housewife macam zaman sekarang. Profit margin jugak tinggi. Syaratnya kena rajin je. Takkan ada orang yg buat suam-suam kuku tapi tiba-tiba income business 10K kan? Target I untuk berhenti kerja tak lama lagi, doakan ya :)

Ketiga, career/pembinaan kerjaya dalam bidang kecantikan. Cuba gtau I, perempuan mana yang tak suka cantik? Tak kira usia, semuanya nak maintain cantik. Jadi dengan jadi BC, I dapat ilmu kecantikan percuma melalui rejim penjagaan kulit yang betul. Before join MK, dah rasa macam dah tahu semua kononnya kulit takde masalah so betullah I jaga muka I ni. Tapi sekarang, baru dapat kesedaran sivik yang banyak I tak tahu sebenarnya! Alhamdulillah dengan training-training, ilmu didada bertambah dan di-share dengan customers sebab tu skin consultation penting sebelum minta dorang beli. Sekarang I dah ada 5 orang BC dibawah seliaan I dengan intention untuk bantu dorang jana income, grab hadiah yang I dah grab, belajar ilmu kecantikan, ubah hidup ke tahap yang lebih selesa, dan sebagainya. Mary Kay adalah international mineral cosmetics brand dan sudah tersedia dikenali ramai lebih 50 buah negara seluruh dunia, jadi sebenarnya kalau uols rajin dan tak kenal erti putus asa, takde apa yang mustahil.


I nak bantu wanita kat Malaysia untuk jana income dan enjoy the lives!


Jadi, jika uols salah seorang dari orang di bawah, meh whatsapp I ya.

1. Student yang nak earn extra pocket money.
2. Housewife yang nak jana pendapatan sampingan sambil jaga anak di rumah.
3. Wanita bekerja yang dah fed-up makan gaji dan nak flexibility dalam mencari rezeki.
4. Individu yang nak explore dunia bisnes dan ada semangat yang tinggi untuk jana pendapatan.
5. Individu yang nak bantu keluarga/suami to have a better lifestyle.

Syaratnya mudah aje. Rajin, rajin dan rajin!

JOM!

I akan didik dan ajar uols supaya kita sama-sama berjaya. Kadang-kala kita cari opportunity, tapi tak jumpa yang sesuai sebab minat tu penting. Bidang kecantikan tersangat diminati wanita, jadi jom grab the chance.

Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah cara hidup ke arah yang lebih baik, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya atau Marykaybylily
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.