Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Mesti ramai kan yg masih lagi tertanya-tanya dan tak tahu kulit dia jenis apa.
Kering ke...oily ke...ke combination? Argh lagi pening dari jawab soalan fizik!
Ingat ya, sangat penting untuk awak tahu kulit awak jenis apa, sebab dari situlah pemilihan produk kulit atau skincare yg betul. Kalau salah, pakailah produk ribuan ringgit pun takde gunanya dek non oi. Worst case, kulit yg dah sedia elok pun boleh rosak.
Dah marilah kita stop meroyan sbb tak tahu. Meroyan sebab terlebih tahu takpe.
Ada empat jenis kulit secara asasnya, so korang boleh compare dgn kulit masing-masing:
1. Kulit Kering
Kulit kering dicirikan dengan pori kecil dan sikit wajah suram atau tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan. Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering, terutamanya di sekitar mata dan mulut. Kulit kering lebih biasa berlaku di kalangan wanita berusia lebih 50 tahun yang tinggal di kawasan beriklim kelembapan rendah. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur di luar rumah. Kulit seperti ini menjadi kasar dan mungkin mengelupas atau merekah.
Untuk kulit kering, produk Mary Kay®:
• Membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis.
• Melembut, melincirkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan.
• Menjadikan garis-garis kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan.
2. Kulit Normal
Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dengan tekstur yang licin. Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat. Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut.
Untuk kulit normal, produk Mary Kay®:
• Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat, dan berseri-seri.
• Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar.
3. Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T (kawasan yang membentuk huruf T yang melintasi dahi dan di sepanjang hidung sampai ke dagu) dengan sedikit tanda kekeringan pada pipi dan bahagian sisi luar muka. Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah peringkat lanjut usia.
Untuk kulit kombinasi, produk Mary Kay®:
• Membantu mengawal minyak berlebihan di zon T (dahi, hidung dan dagu).
• Mengecilkan pori dan melembapkan kawasan kulit yang kering.
4. Kulit Berminyak
Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan, menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang-kadang muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci. Ia juga dicirikan dengan pori-pori kasar berbanding dengan kulit jenis lain, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat dan mudah tercela. Kulit berminyak tidak mudah berkedut berbanding dengan jenis kulit kering. Jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.
Untuk kulit berminyak, produk Mary Kay®:
• Membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikannya licin dan tampak berseri.
• Membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam.
• Membantu mekap kekal segar lebih lama.
Fakta terpenting I nak tekankan ialah, produk Mary Kay ni adalah mineral-based product dan memang sangat-sangat mementingkan aspek R&D. Tak kuasa nak syorkan product bagus mcm ni kalau tak guna dulu. Harus yakin.
Sebagai Beauty Consultant, kami sudah dilatih utk memastikan kami tahu jenis kulit client, dapatkan maklumat semaksima mungkin sebelum mengesyorkan skincare terbaik bertepatan dgn keperluan kulit individu. Bukan untuk menjual sahaja ya. Ikhlas gitewwww!
Cer refer sini, pastu tengok you kategori mana.
Dah tau jenis kulit kan? So worry no more! Lepas ni senang nk jawab bila Beauty Consultant tanya. Yang ada masalah kulit tu, tak apa masih belum terlambat. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian ya. Macam mana nak selesaikan? Silalah whatsapp I.
Yang takde masalah tu....amboi gembiranya? Hikhik ok bye!
Yang takde masalah tu....amboi gembiranya? Hikhik ok bye!
Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant
DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.