Thursday, 5 October 2017

Mary Kay Timewise Repair buat Kulit Jadi Muda dan Glowing!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Sape yang nak mengaku kulit dia ada kedut?
Krik krik krik...
Krik krik krik...
OK takde orang mengaku.
Biar I confess. I ada! I ada garis halus dan kedut sikit bawah mata walaupun I berumur 28 tahun!

Kalau dulu I ingat selagi I tak reach 40s, I kekal muda. Ternyata I silap! Start 25 mmg garis halus dah muncul. Sikit demi sikit. Punca? Tak jaga muka dengan betul lah. Tak pakai skincare regiment yg complete. Tak cukup lembapan. Dan pakai skincare yang mengeringkan lapisan dalam kulit (normally orang ingat kulit dia oily).

I start pakai complete dan faham kenapa perlu pakai complete skincare pun sejak kenal Mary Kay. Bila dah faham tentang kulit, sebenarnya baru kita tahu apa produk yang sepatutnya kita pakai. I memang sukaaaaaa sangat belajar tentang kulit. Best!

Anyway, pernah dengar Timewise Repair tak? Skincare Mary Kay yang sangat sangat fofular untuk advanced-aging skin! Late 20s macam I pun dah boleh start pakai sebenarnya if you don't mind to invest. Jadi fenomena masih mula-mula Mary Kay release skincare ni sebab sangat powerful tau!

Memperkenalkan Timewise Repair!

Takkan nak tengok gambar je betul tak? Mestilah nak tahu fungsi-fungsi sekali baru boleh faham overall fungsi produk hehe. So here! I dah simplify kan dalam bullet point kat bawah. Jom baca!


FUNGSI TIMEWISE REPAIR

1. TW Repair Foaming Cleanser

🌸 Kulit kekal lembap iaitu tidak terlalu kering dan berminyak
🌸 Kulit akan cerah berseri dan sekata
🌸 Kulit rasa lembut dan sejuk
🌸 Membersih secara menyeluruh hingga kulit terasa sihat
🌸 Membantu pembaharuan kulit yang kusam

2. Revealing Radiance Facial Peel

🌸 Menanggalkan sel kulit mati dari permukaan atas kulit
🌸 Tingkatkan proses pembaharuan kulit supaya kulit kelihatan muda
🌸 Mencerah kulit dengan menggantikan kulit kusam dengan kulit cerah berseri
🌸 Perbaiki tekstur kulit dengan ketara
🌸 Kurangkan kedutan dan garis halus
🌸 Menganjal, melicin dan menyekatakan tona kulit

3. TW Repair Eye Renewal Cream

🌸 Mengurangkan eyebag dan dark circle
🌸 Firm dan sekatakan tona sekitar mata
🌸 Mengurangkan kedutan sekitar mata
🌸 Merawat masalah kulit mata kendur
🌸 Meningkatkan lembapan sekitar mata yg menyebabkan kedutan dan garis halus
🌸 Ransang peredaran mikro untuk kurangkan mata menggeleber

4. TW Repair Lifting Serum

🌸 Menegang dan mengangkat kulit
🌸 Kulit jadi firm dan anjal
🌸 Melembutkan kulit dari dalam
🌸 Tingkatkan kelembapan kulit sebanyak 61% dengan kadar segera
🌸 Kulit glowing semulajadi hasil kulit sihat dari dalam
🌸 Pulihkan kulit dari garis halus/kedutan dan kulit nampak muda dari usia sebenar

5. TW Repair Wrinkle Filler
🌸 Lift up kan kawasan yang berkedut
🌸 Buat kulit nampak muda!
🌸 Sangat berkesan utk 6 kawasan kedut utama:
     Dahi, bawah mata, kerutan antara kening, tepi bibir, crow's feet (sudut mata), garisan  
     senyum

6. TW Repair Day Cream SPF30 (Day Application)

🌸 Mengurangkan garisan halus
🌸 Memulihkan kulit supaya firm dgn sihat
🌸 Memulihkan tona kulit yang sekata
🌸 Melembapkan kulit selama 12 jam
🌸 Melindungi kulit dari rosak kerana faktor luaran
🌸 Melindungi kulit dari UVA/UVB yg akibatkan kulit cepat tua

7. TW Repair Night Cream (Night Application)

🌸 Menentang garis halus dan kedutan
🌸 Menyekatakan tona kulit
🌸 Melembapkan kulit selama 12 jam
🌸 Mengurangkan tanda penuaan secara efektif
🌸 Mempercepatkan kitaran sel untuk dapatkan kulit yang cerah berseri


Amacam? Teruja tak? I memang super excited masa menaip tau. Rasa nak tempek berkilo-kilo kat muka tapi jangan nak over sampai camtu sekali ye. Skincare MK pakai sikit pun dan cantik sebab tu tahan lama. Mohon ada pedoman diri haha. Basically I dah pun try set ini and it totally worth my every penny!

Tekstur kulit jadi halus, cerah sekata, dan glowing yeay!

Latest picture setelah 1 bulan guna TW Repair

Alhamdulillah complete skincare, makeup dan body products semua pakai Mary Kay punya. Shampoo dan tooth paste je brand lain sebab Mary Kay takde jual hihi. I percaya, kalau kita puas hati dengan product, tentu kita ada faith pada apa yang kita pakai. Selamat dan berkesan kunci utama produk! 


Testimoni dari overseas MK Sales Director, penggunaan selama 90 hari

Penggunaan selama 21 hari!



Bulan ini ada promo yang menggoda jiwa dan raga I. So sila take note dan cepat-cepat contact I kalau nak nampak muda dan glowing tau. Penjimatan yang sangat banyakkk! Ingat, invest in your skin. It is going to represent you for a very long time.



Aging is a fact of life. Looking your age is not.

Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Experienced consultant. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Saturday, 30 September 2017

Mary Kay Seminar 2017


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Barangsiapa yang follow rentetan hidup I dengan Mary Kay terutama di Facebook dan IG tentu tahu kan I have been chattering about Mary Kay Seminar macam orang yang super excited tu. Perasan tak? Eeee wajib perasan tau! (paksa) So disebabkan perangai yang sokmo super excited tu, I nak kalungkan perasaan ini dalam blog. Sebab blog boleh tulis panjang sikit dan boleh throwback. Kalau tulis kat FB panjang-panjang, takutlah takde orang hingin nak baca hahaha.

Masa seminar, omg I terkejut sebab tiba-tiba - kak lily, jom selpie! Dalam hati I, siapa gerangan adik comel ni? Tapi macam biasa orang Mary Kay semua awesome, dorang chill je kenalkan diri, love you akak-akak dan adik-adik (mana gambar tak share pun?) Bila ditanya, macam mana kenal? They said, BLOG!  O M Jayyyy I pengsan sekejap kat situ sebab I always tot that nobody would ready my blog but I insanely keep writing hahaha.

Untuk pengetahuan, seminar ni dihadiri oleh 3000 Beauty Consultant Malaysia/Singapore dan memang ditunggu-tunggu oleh semua BC seluruh negara. Seminar yang gemilang dan ulung! Tapi penting untuk I inform ya. Seminar Mary Kay bukanlah seminar yang mengantuk sampai keluar air liur basi tu deknonnn. Seminar Mary Kay penuh dengan recognition, achievers turun naik stage non-stop, ada enjoyable and eye opener education, ada makanan yang best, ada persembahan menarik, ada motivasi yang luar biasa. Pendek kata, seminar 2 hari rasa macam 2 jam je!

So Seminar bermula pada 22 September (my birthday, can you believe it?) tapi I gerak one day earlier lah sebab seminar start pagi kan. Nak travel dari Johor pun ambil masa jugak plus bila ada Andy Hareez ni memang tak boleh nak redah macam sebelum ni hehe. So kami gerak petang 21 September tido rumah SIL kat Selayang. Very good hospitality.

Good boy yang selalu teman Mommy kesana kemari hehe

Siang, 22 September, 2017

Pagi - otw ke Seminar

Registration starts at 9am and ends at 12pm.
Pukul 12.15pm pintu ballroom akan dibuka.
Semua dah bersiap-siap tunggu depan pintu since kul 11.30am lagi.
Beratur macam kereta api dan bertolak-tolak pun ada. 
You tertanya-tanya kenapa? Sebab semua orang nak duduk depan! 
Hahaha pernah tak pergi mana-mana seminar, orang bertolak-tolak sebab nak duduk depan? Kes kena paksa penuhkan seat depan banyaklah hahaha. Sebab tu I kata, Mary Kay awesome!
Director dan bakal Directors, Hasni Future Area

OK pukul 1.30pm the actual event started. Dimulakan dengan gimik dari National Sales Director, the highest career level di Mary Kay dan diikuti ucapan yang motivating, serta recognition yang best and thrilling! I nangis hampir banjir tau hall tu sebab I memang tak boleh kalau ada scene yang sedih dan terharu ni. Ratu air mata katakan! 

Sedih kenapa?

Sebab you feel the love, the connection, the honesty untuk melihat orang lain berjaya.
Sebab you boleh lihat orang yang takde apa-apa hingga jadi begitu berjaya.
Sebab you melihat dengan mata kepala sendiri betapa kuatnya makhluk bernama wanita.
Sebab you sedar wanita gigih mencari rezeki untuk beri kebahagiaan pada org tersayang.
You melihat sendiri muka sebak seorang suami, anak dan ibubapa apabila melihat kita berjaya! 

The best part is, I adalah seorang achiever recognised on stage. Pakai SD boot baru dan bila kena turun naik stage bagai nak gila, you ghase melecet tak kaki I? Tapi I sabar je sebab sabar kan separuh dari iman? hihi so penduduk Mary Kay yang berkampung di Sunway bersama dengan I, kalau nampak ada ternampak someone yang jalan hincut tu, OK I la orangnya hahaha.

Tahu ni tak kat mana? Masa debut Sales Director. Geng I. Kami selfie atas stage kat depan 3,000 attendees!

Wajib posing kat sini lepas turun stage hehe

Tengah duk syok berseminar, ada orang call. Unknown number. Kata nak hantar parcel. Parcel apa pulak? I malas nak tanya banyak sebab hall bising so I keluar ajelah. Kuar ajeeee ada jambangan coklat! I sangat terkejut sebab yang buat surprise tu ialah my senior merangkap kawan baik saya, Suraya!


Surprise sangat tau. Unexpected and very warm gesture. I peluk dia, dia peluk I. Tempat berkongsi masalah kalau frust dengan perangai unit haha. I feel so much love!

Seminar disambung sampai ke petang dan kami memang dah tak sabar dah untuk malam pulak. Awards Night!


Malam, 22 September, 2017

OK semua orang cantik bagai nak gila. Masing-masing macam barbie doll, macam princess! I am so jelly. So insecure. Kulit mulus. Bersih. Glowing! Jangan berani tanya pakai apa tau...sebab of course pakai Mary Kay. Satu-satunya brand yang ada Beauty Consultant yang takkan curang pakai product lain pastu claim pakai produk yang dijual tu hahaha. We love our products and everybody knew it!  Malam pun of course ada recognition, lebih gempak dari siang. Ala-ala Miss Universe gitcheww sebab kita ada dapat Diamond Ring dan jugak Sash! Sash? Apa tu? Alahhh selempang tu lah yang pakai kat bahu haha. Jom kita cuci mata!


My offspring to be who make the effort to attend!
Electric blue and silver theme but think I went off too far





Hi, saya SD Lily Suraya!

SD Affda, partner in crime!

Sempat bergambar dengan wanita hebat, Kak Ruby!

Setahun di Mary Kay, dapat 2 cincin berlian di atas pencapaian. RM6,000 each. Alhamdulillah nasib baik join MK, kalau tak jenuh nak kumpul duit beli. Itupun kalau beli hahaha.

Top 20 Personal Sales Malaysia/Singapore. Nampak I tak? Hihi. Jadi Top 20 berdiri sangat lama atas stage. Dah la pakai heels huhu



Late in the night dalam pukul 10.45pm mcm tu, I dapat call lagi. Cakap ada nak hantar barang. I dah mula stress sebab kaki I bertambah melecet. Dalam otak I ni, kalau sebut hantar barang I mesti terfikir stock Mary Kay yang I ordered. Tapi tak logik pulak takkan Citylink nak hantar barang pulakkkk kan. So I cakap I dekat Sunway ni, ada seminar. Kejap lagi balik. I suruh dia tunggu kat hotel je sebab takut dia lambat datang, kang I pulak dah on my way balik. So I ajak my BCs balik lah since dah lewat. Esok nak sambung seminar lagi. Tapi BC I ni macam reluctant. Dia taknak layan I. So I fikir alaa dia mesti nak bergambar lagi ni. Dia bagi macam-macam alasan. I sedihhhh. Pastu out of nowhere, I nampak husband I. Eh apa dia buat kat sini? Mungkin dia nak bergambar kot so I layankan aje and mintak dia hantar kami balik ke hotel lah, tak perlu Uber kononnya.

Tiba-tiba...

I nampak cake favorite I dan hadiah dalam kotak cantik! I macam WHATTTT!
Surprised celebration! Worked surprise! Thank you my husband, the mastermind, and my unit members for your thoughtful gesture! I love chuolsssss!







Best ke best? Jom imagine kalau you berada di sini. So much fun!


23 September, 2017

Pagi kami ada sesi education yang dibahagikan ikut career level. I ke bilik untuk Sales Director dan sesi tu sangat menarik. Eye-opener untuk I menjadi SD yang kuat, personal dan team leading. Thank you very much, Kak Shakireen!

Seterusnya recognition bersambung dan I perlu naik stage lagi. Tapi saya dah tak mampu. Kaki melecet agak teruk hasil dari boot waktu siang dan high heels yang dipakai malam tadi hihi.

Seminar berakhir dengan sangat meriah. Rasa taknak balik. Jumpa inspired people. Jumpa orang yang dari takde pape, sekarang ada segalanya.

My unit members dengan ESSD Hasni, Future NSD!

Ni kita panggil selfie lip gloss sebab kami pakai satu lip gloss MK yang super awesome before pergi lunch reramai! Berkilau kan bibir kami 10 batu dah nampak haha

Tu tengok belakang tu. Apa yang kami dapat dengan Mary Kay. Jujur ni tau!


*******************************************************************************************************

Bila ingat semula kan, rasa sedih. Sebab siapa sangka, bisnes yang mulanya I anggap part-time akhirnya menjadi punca I mencari rezeki. Siapa sangka I akan serius seperti sekarang. Rezeki Allah begitu luas, seluas lautan. Bukan rezeki dari segi duit saja, tapi dari segi masa yang sejak dulu I dambakan. I nak time freedom sebab anak. Tapi jika mahukan time freedom, money freedom perlu dicapai dulu. I takkan duduk kat rumah tanpa income. I nak jadi housewife berduit haha. I dapat rasakan diri I berubah 360 darjah.

Dulu panas baran, sekarang ceria dan calm sikit.
Dulu buang masa browse media social tanpa sebab, sekarang browse dapat income.
Dulu tak pandai manage masa, sekarang I ada jadual kerja walaupun dah resign.
Dulu busy bergosip haha sekarang takde masa nak gosiplah I busy dengan business!
Dulu kulit kusam, sekarang Alhamdulillah berseri walaupun mekeup nipis.
Dulu takde impian dan kerja hanya nak kumpul duit, sekarang kumpul duit tanpa kekangan.

Alhamdulillah! Memang betul orang kata, mindset membezakan. Jika kita anggap business kita part-time, maka usaha pun part time juga. So jangan pelik kalau result juga so-so hehe. I nampak apa yang boleh I capai jika fokus. Jadi bermula November 2016 I letakkan matlamat dan halatuju. Mindset yang luar biasa untuk result yang luar biasa. Seiring dengan usaha, berikut adalah pencapaian I bermula November 2016 hingga July 2017
(9 bulan) yang menyebabkan I turun naik stage sampai kaki melecet:

🌸 New Sales Director Debut
🌸 Top 20 Personal Sales Achiever
🌸 Court of Sharing (Personal Recruit)
🌸 Pink Rose Journey Achiever
🌸 Asia Pacific Red Jacket Rally Achiever
🌸 Double Star Achiever
🌸 Special Luncheon Achiever


THE POWER OF GOAL AND FOCUS!
AND NEW GOAL IS IN THE MAKING
NAK JADI SEBAHAGIAN DARI TEAM I?


Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Thursday, 3 August 2017

Feedback Bergelar Mary Kay Beauty Consultant!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Alkisahnya beberapa hari lepas saya ada buat lebih kurang quiz lah pada unit saya. Untuk pengetahuan, bila kita dah jadi Mary Kay Independent Sales Director, kita ada unit sendiri yang perlu di-lead. So perlu ada daily improvement betul? Saya decide untuk improve diri sendiri lah especially, in leading dan nak tahu apa feedback dorang sejak join Mary Kay. 

Yang positive saya jadikan pemangkin semangat dan yang negatif saya nak betulkan supaya semua orang happy. Maka saya curious nak tahu! Soalannya berbentuk begini:


 1. Adakah anda happy di Mary Kay?
2. Jika ya atau tidak, mengapa?

*Negative feedback juga dialu-alukan. Jangan segan*


OK jujurnya saya mengharapkan jawapan yang negative sebab saya nak sangat tahu apa yang perlu diperbetulkan. Tapi saya dapat jawapan sebegini...

Nama: Atikah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa?: Sebab banyak belajar benda baru dari kawan kawan yang pemurah nak share ilmu. Nak tolong. Yang always so supportive and always wishing success for each other. And also as pengguna MK, happy dengan product. Really solve the problems that I had.

Nama: Huda
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Kerana saya dapat income sebagai surirumah, mengasah bakat berniaga, bertemu dengan ramai wanita di luar sana, pakai barang berkualiti dan sihat untuk kulit, dan mengasah bakat menjadi ketua perniagaan dalam kumpulan.

Nama: 'Aisyah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Dapat guna produk berkualiti dengan harga istimewa. Dapat ramai kawan baru sebab Aisyah bukan jenis pandai berkawan. Dapat tolong kawan2 dan family dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Diaorang happy, Aisyah pun happy. Dapat banyak ilmu kecantikan. Selama ni memang tak pernah ambik tahu pun pasal kulit. Thank God kenal Mary Kay awal. Kalau tak, muka mesti makin lama nampak tua je hihi. And the list goes on...

Nama: Roshapiza
Happy/Tidak: Yes
Mengapa: Gain self confident untuk berdepan dengan orang, perubahan dari segi penampilan dan kulit muka, lebih positif, sambil cantik sambil dapat duit, paling best dapat family baru yang selalu tolong tanpa mintak balasan pun dan 'Mak' yang tak pernah jemu ajar anak anak dari zero to hero.

Nama: Furaa
Happy/Tidak: Definitely Yes
Mengapa: Capai high level of confident, banyak knowledge tak kira apa sudut, hadiah hadiah dan hadiahhhh hehe, income tak perlu tunggu gaji, positive mindset no matter how hard it takes, quality time with phone and social media dan banyakkkkk lagiiiii

Nama: Farahanie
Happy/Tidak: Happy! Happy! Happy!
Mengapa: Boleh try semua skincare yang ada dalam Mary Kay even sample! Tiba-tiba jadi peramah padahal dulu malu-malu jugak sikit hehe, self confident dah naik ke high level, dapat hadiah selalu dan hadiah skincare paling heaven! Dapat ilmu kecantikan FREE, ilmu nak buat income pun FREE plus dapat pulak cikgu yang tak kedekut ilmu. Income masyukkk! Even tak kenal pun satu sama lain dari unit ni, tapi dah macam one big family. Itulah Mary Kay!

Nama: Jehan
Happy/Tidak: Yes
Mengapa: I am a boss, I am a president. Suka dengan balanced priorities culture Mary Kay iaitu Pertama Tuhan, Kedua Keluarga, dan Ketiga Kerjaya. Punyai team dan leader yang supportive dan cooperative. Dapat kulit sihat, cantik, dan dapat duit dalam masa yang sama.

Nama: Yan
Happy/Tidak: Of course happy gilaa!
Mengapa: Income tak kira masa tak payah tunggu gaji hujung bulan ada saja duit masuk, kulit yang sihat dan cantik baru sedar dulu yang kononnya ok, padahal kering kusam. Lebih dikenali, boost self confident yang dah lama hilang, Rasa diri ni reborn! Relationship husband and wife semakin rapat dan mmg ada perubahan - lebih memahami dan saling give & take. Semakin hari semakin sayang pulak hihi. Ilmu yang tak terkira harganya pergi mana-mana pun, mesti ada ilmu yang kita dapat. Dan hadiahhhh...dulu nak dapat hadiah seketul pun susah. Hari jadi pun tak tentu dapat lagi haha.

Nama: Kak Fiza
Happy/Tidak: Sangat-sangat Happy
Mengapa: Kulit cantik penampilan menarik, ilmu kecantikan yang tak lokek dikongsi bersama, hadiah semestinya hakak suka hihi, dapat bantu orang lain yg memerlukan kulit cantik dan sihat. Sentiasa berfikir bercakap yang positve dan baik2. Dapat income yang tak disangka-sangka, yang penting encik suami bertambah semangat nak ber MK hahaha.

Nama: Kak Ina
Happy/Tidak: Happy sangat-sangat lepas join MK
Mengapa: Kulit yang dulu hancur hasil penggunaan produk pengelupasan tapi sekarang Alhamdulillah semakin pulih. Macam tak percaya tau, dulu kawan satu tempat kerja tak pernah pun tegur kita tapi lepas tengok perubahan pada kita wow semua pakat pakat kawan dengan kita. Dulu baru 2-3 hari dapat gaji duit dah habis sebab bayar macam-macam, nak belanja pun fikir tapi sejak join MK Alhamdulillah. Dulu selalu tertanya-tanya sapelah nak bagi aku hadiah ni, bestnya kalau orang bagi surprise tapi lepas join MK semuanya wow memang tak dijangka. Sebulan tu bukan dapat satu hadiah je tapi berhadiah-hadiah :)

Nama: Sara Lisa
Happy/Tidak: Terlalu happy dan tiada penyesalan join MK
Mengapa: Dapat terlalu banyak ilmu yang bermanfaat terutama untuk diri sendiri dan boleh share dengan orang lain. Kulit pun dah terasa sihat berbanding dulu dan dah pandai makeup sikit hasil tunjuk ajar semua dalam unit. Tq semua :) Self confident pun dah lebih tinggi berbanding dulu walaupun tak sepenuhnya. Income yang sedikit sebanyak membantu terutama saat memerlukan macam ni. Dapat hadiah yang buatkan diri rasa sangat dihargai dan rasa nak usaha lebih lagi.

Nama: Dieda
Happy/Tidak: Alhamdulillah rasa bersyukur dapat jadi family Mary Kay, happy dan berbaloi
Mengapa: Dapat pakai barangan Mary Kay secara percuma basically Dieda akan guna keuntungan dari jualan untuk beli barang Mary Kay untuk diri sendiri. Improve confidence level, haruslah kulit dah cantik lagi confident kita orang perempuan hehe. Dapat duit tiap bulan hasil jualan Mary Kay. Dapat hadiah dari SD Lily, kalau kerja hakiki manalah boss nak bagi hadiah kan?

Nama: Hawa
Happy/Tidak: Happy sangat sangat :)
Mengapa: Sebab dapat macam-macam ilmu kat dalam ni. Cara nak berbisnes, pasal jenis kulit dan cara menjaga kulit untuk diri sendiri dan boleh share dengan orang lain. Makin hari kulit makin sihat dan berseri. Boleh bantu tambahkan income keluarga, banyak benefit hadiah dan sebagainya. Juga dapat ramai kawan baru yang sempoi, supportive dan tak kedekut ilmu untuk dikongsi dan saling membantu.

Nama: Nurul Esmah
Happy/Tidak: Happy
Mengapa: Dapat new family members yang sangat ohsem kat RLS unit ni. Dapat belajar banyak benda baru, pasal bisnes, produk, skincare etc. Jumpa produk yang sangat superb untuk bantu rawat kulit, jana pendapatan melalui bisnes, bina keyakinan diri :)

Nama: Kak Nisa
Happy/Tidak: I am feeling happy :)
Mengapa: Rasa cantik hihi, rasa puas, rasa lengkap, dan part yang buat saya happy adalah cabaran kepada diri sendiri dalam usaha mencantikkan dan sihatkan kembali wajah, uji tahap kesabaran dan semestinya cabaran kepada diri untuk share produk dan sesuatu yang bagus pada orang lain :)

Nama: Iqah
Happy/Tidak: Yes, happy sesangat
Mengapa: Keyakinan diri bertambah almaklumla dulu tak cantik, muka pucat. Dapat harga diskaun untuk kegunaan sendiri, kalau dulu nak beli produk kecantikan RM200 rasa mahalnyaa...sekarang ni manfaatkannya. Banyak pengetahuan dapat belajar tentang produk, tentang masalah kulit dan perangai customer...yang bestnya bila tang hadiah, setiap awal bulan nk tau hadiah hehe. Dapat bantu wanita untuk cantik, akan rasa bangga bila kita dapat respond yang kulit dorang dah start elok. Yang penting income huhu. Walaupun setakat ni tak seberapa sebab baru join tapi akan diusahakan untuk tambah income. Ish banyak lagi laa...


HONESTLY, I DON'T EXPECT SUCH FEEDBACKS! Rasa nak nangis baca masing-masing happy dengan apa yang dorang buat sekarang ni. Niat asal nak perbaiki diri supaya unit capai apa yang dorang nak, rupanya dorang dah pun rasa best join Mary Kay dan jadi sebahagian dari unit saya.  Terharu huhu. Jadi since byk feedback dan mungkin boleh jadi pendorong pada yang dah lama tercari-cari bisnes, boleh lah jadikan blog ini sebagai rujukan ya. Semoga semuanya capai tahap kehidupan yang lebih baik. Amin ya rabbal alamin. 


Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Independent Sales Director (Royal Lilies Swan Unit)
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Saturday, 29 July 2017

Tips Dapatkan Kulit Flawless dengan Make Up Mary Kay


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Sis nak share dengan semua sebab sememangnya tiga item ni asas bila kita bersolek hihi. 3 ketul product basic ni memang powerful I tell youuuuuu.                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                            FOUNDATION PRIMER

Merupakan alas atau base sebelum kita pakai Foundation. Berfungsi supaya makeup tahan lama, sekata, dan nampak glowing bila dipadankan dengan Foundation Mary Kay. Foundation takde SPF? Tak apa sebab Primer ni ada SPF15 dan mudah sapu kat muka. Kulit akan rasa lembap tapi tak berminyak sebab resapan dia sangat bagus!   

FOUNDATION

Sejujurnya sis memang bukan penggemar Foudation sebab sis sejenis manusia yang tak suka ada sesuatu kat muka - rasa setepek atau lekitan. Rasanya semua orang sama kan? Sebab tu lah Foundation ni antara item terakhir sis cuba sebab fobia hehe. Tapi lepas cuba pertama kali (itupun dari starter kit), serius terus bukak laptop dan order. OMG kenapalah tak cuba dari awal! You don't feel a thing on your face, baru muka kau tetiba jadi cantik dan tak kusam. Smooth! Tak caya meh sini cuba! *berani bet sampai pulang duit haa nampak tak punya yakin*

MINERAL POWDER FOUNDATION (MPF)

Powder berbentuk serbuk atau dikenali sebagai loose powder. Wajibul ghunnah untuk sis ada sebab bila apply selepas Foundation, nescaya kulit akan nampak flawless. Lindungi parut, kedut, fine lines, buat tona kulit double sekata dan takkan buat pori tersumbat!

End result, kulit akan cantik. Nampak sangat natural dan tak ragu-ragu kalau orang tengok kulit kita dari dekat sebab jauh/dekat dua-dua lawa hehe. Rasa macam pakai bedak compact je walaupun sis pakai 3 item yang only took about 3 minutes untuk bersiap.

Jom kalau rasa-rasa nak flawless dan perlukan consultation tak reti nak pilih sebab tak pernah make up tapi nak cantik, boleh whatsapp sis tau. Sedia berkhidmat sebab inilah passion seorang Beauty Consultant. Cantikkan orang like a doll! :)


Taraaaa! Macam ni la hasil dia :)

Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Wednesday, 26 July 2017

Pengalaman Mengandung dengan Endometriosis Cyst


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Apa khabar? Harap semuanya baik hehe. Saya? Alhamdulillah, a happy mommy. Harini genap 4 bulan usia Andy Hareez. Barulah saya ada sikit masa nak share moment seperti tajuk di atas. Vaaahh kerlas. Ingat retis la konon tu? Sebenarnya sebelum luput di ingatan, better saya 'canvas' kan di blog so bila Andy besar, dia boleh baca sendiri. Mommy pasti akan lupa, sebab ada short term of memory loss yg agak teruk jugak ni hihi.

Anyway saya dan suami kahwin February 2016 dan saya pregnant pada July 2016. Masa tu omaigaddddd am not ready!!! I am still young (27 young ke?), baru nak belajar masak, tengah kejar career, tengah busy ber-business and the list goes on and on - well He actually knew that we are ready, kita je tak tahu :)

OK so kesahnya sebelum tahu pregnant tu, ada lah dapat physical hints macam backpain, kencing sangat kerap, keputihan yang melampau dan few tanda-tanda lain. Masa ni ada la rasa macam eh pregnant ke? tapi simpan dulu, tak cerita kat husband pun tapi keep googling konon untuk confirmkan. Period lewat seminggu, baru saya cakap kat dia. Husband muka dia macam nak senyum dan shining bright like a diamond tapi dia taknak mengaku dan tahu bini dia ni memang overly excited entah apa-apa so let's keep the hope down gitew. Kita tunggu lagi seminggu, jangan berharap apa-apa lagi. So saya akurlah sebab saya kan isteri solehah tapi of course 4 hari je tunggunya sebab tak sabar sangat haha terus tak solehah!

Kami pun pergi watson beli UPT, beli 2. Satu untuk cuba, satu untuk confirmation. Gitu sekali weols tau. Balik tukar baju tidur bagai terus saya check. Kan dia suruh tunggu few seconds untuk result kan? Tapi ni takyah tunggu zappp terus laju je dia DOUBLE line, dark pink pulak tu. So masa tu whatttt? Berlari keluar toilet nak tunjuk kat husband punya pasal nasib baik tak tersadung haha. Kami pun ok tarik nafas, try test pagi esok pulak. Same result! AKU YANG KECIK DAN KURUS KEDING NI NAK JADI MAK DAH? Fefeeling sangat masa tu.

Besoknya pegi klinik untuk triple confirmation sebab takut false alarm, tapi Alhamdulillah dah 5 weeks. Masa doctor scan nak tunjuk kantung, tiba-tiba 'Eh apa tu?' Tenung punya tenung doctor cakap dia tak berapa nampak apa bendanya tu sebab macam terlindung sikit.

'I rasa you ada cyst lah. tapi not 100% sure so I akan ambil darah untuk confirmkan dan tunggu result esok.'

Masa kat office, clinic call suruh saya dengan husband datang ke clinic cepat sebab tumor marker tinggi. Saya bila dengar perkataan tumor tu terus rasa cemas bagai nak gila lah. Bergegas ke clinic.

'Normally when tumor marker is too high, it could be cancerous especially if the reading increase rapidly in a short period of time. But we are not really sure as further check up may needed. I suggest you to get a second opinion then you decide what is the best option based on your specialist's recommendation' - dia cakap exactly macam gini. Ko ghaseeee?

Perasaan saya? Masa tu Allah je yang tahu sebab nenek baru je meninggal sebab breast cancer dan mak saya sendiri was at second stage (healed traditionally) so mana tahu kalau inherit kan? :(

Husband saya seorang yang calm jadi dia ajak saya dapatkan second opinion dan kami pilih Columbia Asia, jumpa Doctor Rajesh. Saya ni siap bawak tumor marker reading sheet tu tunjuk kat dia. Dia kata 'Laaaaaaaaa memang la tumor marker tinggi bila pregnant! Bukan sebab ada cancer whatnot!'  Jawapan yang macam nak lompat atas meja dia pastu menari salsa tahu takkkkk. Ada dia kutuk sikit previous doctor tu, junior dia rupanyaaa hikhik. OK masa ni saya muka ada senyum sikit hehe.

Bila further check up, confirmed it was a cyst. Tapi cyst jenis apa? Dari observation, memang tak boleh nak cakap, tapi saiznya agak besar, 5 cm. So Doctor Rajesh terangkan jenis-jenis cyst etc. Dia jangkakan endometriosis cyst, tapi memang tak boleh buat apa-apa sekarang sbb early pregnancy, baby tak strong lagi. Every 2 weeks saya kena datang check up untuk monitor saiz cyst sampai Wk 15. Kalau rapid growth, kena buang terus (may affect the baby).

Based on him juga, endo cyst ni closely related to fertility. Normally orang yang ada cyst ni susah sikit nak lekat untuk pregnant. Ada yang bertahun-tunggu tunggu zuriat, bila buat intensive check up baru tahu ada cyst yang menjadi sebab (apart of it of course la rezeki kan). In some cases, cyst sebesar 2cm pun buat kita susah untuk preggy, kena went through surgery untuk remove dulu than baru boleh plan untuk pregnant. Dalam kes saya, saya pregnant ketika cyst besar ada dalam badan and Doctor Rajesh quite surprised. Rare case. Saya anggap Allah dah tetapkan rezeki saya dan bagi ada baby cepat sikit, biar ada sifat loving hihi. Masa ni saya rasa sedih sebab saya bukanlah hamba yang mulia sangat, tapi Allah never disappoint me. Wei rasa berdosa sangat kalau nak dibandingkan nikmat yang dia bagi selama ni :(

Bab kerja pulak - coincidentally masa tu Dyson nak launch new HRIS system so saya kena berulang alik ke Singapore. Hati rasa tersangat berat sebab memang rasa tak boleh. Kerap rasa sakit so I decided untuk minta Release Letter dari doctor untuk support request saya untuk tidak travel. Masa mintak tu muka Doctor Rajesh merah padam I disuruh travel - good thing about him ialah dia sangat protective to his patient.

Masa ni dah Wk 14 so bila I cakap dah frequently rasa sakit kat abdomen, rupanya dah 7 cm. Patutlah terasa sangat sakit bila baring. Macam ada batu. Bila baby makin besar, dia menolak cyst tu sebab itulah rasa sakittt. Perlu dibuang segera sebab takut pecah dalam perut bila baby makin besar! Ingatkan normal sebab perubahan badan bila berat bertambah. Immediately I was scheduled for Laps Surgery. Masa ni fikir recovery process je tau. Lama ke? Besar ke wound? Doctor Rajesh kata just tebuk je sikit pastu bla bla bla. Seminggu or two weeks top dah boleh recover. Kami macam pheww lah hehe.

SO TODAY IS THE DAY

Pakar bius datang explain etc. Dah puasa since malam tadi. Dah mandi. Ditolak ke OT jam 10 pagi. Ya Allah inilah kali pertama dan FYI, saya memang sejenis yang tak tahan sejuk. Bergegar stretcher tu sebab badan gigil sejuk punya pasal. Nurses tolak saya ke bawah lampu yang besar macam dalam drama tu, masa ni macam tak percaya yang one day saya akan berada bawah tu haha. OK takde masa nak gelak sebab masa tu sejuk tahap gaban tahap cipan semua jadi masa dorang persiapkan saya tu, dorang masukkan warmer so nice hehe. Pastu sap sap sap dia letak oxygen kat mulut dan tarik nafas.

PENGSAN.

Bangun-bangun jam dah pukul 12.30. Eh dah siap? Tapi bahagian perut memang ada rasa sakit macam rasa stretch gitu dan tengah mamai mamai tu satu benda je terlintas nak tanya nurse, 'Anak saya macam mana?' Rasa sangat risau, bukan tak percaya doctor tapi IT COULD HAPPEN you know. Nurse tak berani nak jawab sebab takut salah ke apa kan so dia mintak saya tunggu doctor. Doctor Rajesh ada lined up surgery so dia tak available. Maka terbaringlah saya depan jam besar dalam OT tu sebab saya rasa sakit dan dorang tak tahu condition macam mana. Akhirnya tertidur sebab ubat bius still rasa kuat dan terjaga pukul 1.30 petang dan saya ditolak ke ward. Keluar tu nampak husband saya dan in laws saya. Tengok je muka husband, saya nangis tak tahu kenapaaa sedih bangat, probably lebih kepada thoughts yang how could I possibly done this :(

Masuk ward sambung tidur sebab still dizzy dan biar rasa sakit tu hilang. Petang kul 5 gitu bangun nurse kejutkan untuk inject ubat tahan muntah. Saya check perut nak tengok luka pastu Ehhh kenapa ada 4? Saya ingat satu jeeeeee. Apa lagi terus google and found the below T_T  But those yg bakal undergo this surgery atau ada cyst, dontcha worry because it isn't bad as it looks :)




Doctor Rajesh buat round. Lepas sembang-sembang dengan dia, saya nampak Doc suruh nurse bagi ubat untuk kuatkan rahim. Saya pun macam OK takpe mesti injection be cool. Saya memang tak takut jarum. But you know what?

THE NIGHTMARE BEGINS.

Nurse suruh saya pegi toilet siap-siap sebab dia kata nak masukkan ubat kuat rahim tu kat vagina. Kena pastikan dia dilute jadi tak boleh bangun pergi mana-mana selama 2 jam. Saya pun, 'Okay nurse. Easy!' Ada 2 nurse cuba masukkan dan FYI, saya memang phobia (atas sebab-sebab tertentu) dah gaya macam rasa nak bersalin sebab sorang pegang tangan saya, punyalah susah nak masuk wei! OK once masuk, nurse pun keluar. The moment dia keluar, saya rasa nak kencing. Lah, tadi kan dah kencing! Tapi memang immediately rasa nak ke toilet sangat2, so husband panggilkan nurse dan bawak bekas (eee memang tak suka tau!) untuk kencing kat dalam tu. Dah setel, dia ambil dan cuci kat toilet.

Nurse pun keluar...tetiba rasa nak berry pulak dah! Perut memulas bagai nak gilaaaa. Saya cakap kat husband, 'Please bawakkan I pegi toilet'. Dia kata tak boleh sebab kan ada ubat tadi so dia bergegas ambik bekas tadi. Are you kidding me? I kena berry kat dalam bekas ni? Tapi sebab nak berry sangat-sangat dan perut bergelodak macam angin tu, saya mintak husband keluar dari ruang tirai tu sebab seganlah jugak walaupun dah kahwin! Pufffffffff keluar sekali dengan angin siap meletup-letup. Bau mula menusuk hidung sendiri (it was a different smell probably sebab ubat bius dan najis pun color hitam legam macam - takyah nak describe detail sangat kot nanti korang takleh makan setahun), apatah lagi orang lain.

No offense but FOR ME, my husband is the best husband in the world sebab sanggup ambil bekas tu dan cuci kat toilet walaupun along the way saya dengar dia nak termuntah. I don't know if I could do the same thing to him. Sebab itu, dalam sujud dan doa saya, tak pernah sekalipun saya tinggal nama dia dan hingga ke saat ini, kalau saya teringat moment itu, saya boleh nangis serta merta! (boleh guna tips ni kot kot one day jadi actress yang kena buat scene air mata bercucuran takyah guna bawang as props).

Masih rasa tak selesa sebab perut rasa sebu. Husband paksa tidur, dan akhirnya saya tertidur. Besoknya Doctor Rajesh datang buat ward round lagi dan suruh nurse untuk bagi 'ubat' so I ingat ubat lain rupanyaaaaaaa ubat yang sama. Sikit lagi nurse tu nak kena tendang sebab amboi dia masukkan ubat tu kemain kasar (experienced nurse) iols dah la tengah phobia ni tapi saya cuba positive la mengharapkan kejadian semalam tak berulang. Tapi HARAPAN TINGGAL ANGAN-ANGAN. Lepas 30 seconds je ubat tu masuk, saya perlu ke tandas. Husband saya kata lagi? Dan saya kata ya, tolong angkat I sayang. I taknak jadi macam semalam. Benar bagai dikata, masuk je dalam toilet, berteleku saya kat situ 15 minutes, and you don't wanna know what's happening inside :)

Third day - no more. Saya cakap pada doctor jangan beri lagi ubat tu, bladder saya tak boleh terima haha. Doctor Rajesh sangat cool, dia cuma tanya 'Tapi you tahu kan ubat tu untuk apa?' Yes saya tahu untuk kuatkan rahim tapi sakit masa nak masukkan dia. Doctor Rajesh gelak je sebab dia kata, macam mana nak beranak ni! Saya kata takpe tu fikir nanti haha. Masa ni memang tak sabar nak balik. Rasa tak sabar nak tengok dunia luar padahal baru hari ke-4. Hari-hari tengok tingkap sebelah katil. Macam manalah perasaan orang yang terpaksa admit berbulan lamanya kan. So saya dapat hospitalisation leave 3 minggu untuk healing process dan continue the pregnancy journey!

Balik office semua orang kata saya strong person sebab buat surgery semasa pregnant. Tapi saya saja yang tahu saya ini kuat semangat atau tidak. I had no choice. When I look back and see myself, there is no way I want to put myself in the same condition but always remember that Allah is the best planner. Kita elak macam mana pun kalau dah ditakdirkan, kena redha.

ANDY HAREEZ KICKS IN!

Andy ni sejak dalam perut hinggalah sekarang, dia anak yang baik. Tak pernah sekalipun buat hal yang buat saya runsing. Untuk pengetahuan semua, saya ni dah join Mary Kay sejak November 2015. Bermakna semasa pregnant kan Andy, saya aktif bisnes. Memang sejenis tak duduk diam dan otak tu asyik bergerak fikir itu dan ini. Kadang saya lupa saya pregnant, jalan kemain laju siap macam yang lari-lari anak tu.

Disebabkan saya ni kecik orangnya, hip pun tentulah kecik sebab iols bukan Kim Kardashian haha!  Berat ideal baby yang boleh saya tampung hanyalah 2.8kg tetapi Andy lahir 3.3kg, melalui emergency ceaserean. Tapi nanti kita cerita bab ni dalam posting lain ya, tunggu tau!

Andy adalah punca saya berjaya di Mary Kay. Sepanjang perjalanan career saya bersama Mary Kay, most of my huge achievements is during my pregnancy time. So who says a baby obstructing you from achieving your dream? Kerap kali kita dengar orang kata tak boleh buat itu ini sebab anak kan? LET'S RE-THINK.

My achievements in 6 months - November 2016 hingga April 2017:

1. Singapore Overseas Trip Challenge (DIM) - complete in 3 months (total 5 months)
2. Attended required class to become a Sales Director - ESRS, RJU, Pre Diq in a row
3. Completed RJU Challenge - in 2 months (total 4 months)
4. Recognised as Top 20 Personal Sales Malaysia/Singapore - ranked at 13th
5. Recognised as Top 20 Personal Recruit Malaysia/Singapore - ranked at 8th
6. Diamond Ring for Personal Sales - complete in 8 months (total 12 months)
7. Diamond Ring for Recruits - complete in 10 months (total 12 months)
8. Completed challenge to become a Mary Kay Sales Director - complete in 27 days (total is 4 months)

I have done those listed above when I was 5 months pregnant until confinement period. Possible kan? Saya kini adalah Mary Kay Independent Sales Director dan Alhamdulillah telahpun meninggalkan kerja hakiki yang dulunya saya anggap passion saya. Tapi Allah Maha Kuasa, it turned out differently dan saya sangat sayangkan Mary Kay sebab telah mengubah hidup saya tanpa saya duga. Awak akan tahu apa yang saya maksudkan setelah awak join Mary Kay family saya :)

Dear Mary Kay,

Thank you for 5 figures income
Thank you for leadership skill through empowerment given to lead my big team
Thank you for 5 stars free overseas trips
Thank you for interesting challenges to make me better
Thank you for give me free beauty tips to get a healthy skin via all sorts of trainings
Thank you for give me a chance to groom people to be beautiful
And thank you for give me an opportunity to help women out there and enriches their lives!

Siapa sangka dengan adanya Andy Hareez, rezeki saya melimpah ruah dan terpaksa resign sebab nak beri sepenuh perhatian pada Andy dan income saya dengan Mary Kay hampir triple dari kerja hakiki saya selama 4 tahun itu, Alhamdulillah.

Sampai sekarang kalau saya ada buat kelas kecantikan atau training Mary Kay, Andy yang botak itu pasti ikut. Dia mesti ada dalam gambar hihi. Orang gelar dia anak Mary Kay. Tapi kamu tak boleh jadi Beauty Consultant tau sebab kena jadi dentist haha! Proud of you, son.


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.