Thursday, 28 April 2016

Makeup Item dalam Rangkaian Mary Kay


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Kalau nak review satu-persatu produk makeup Mary Kay yang available, memang tak terkejar. Sebab hari-hari client cari nak purchase. Mary Kay dah jadi begitu popular lately, sebab dah terlalu banyak skin improvement testimonial melalui mineral-based product ni.

Bermula dengan skin care set yang jadi pilihan orang ramai, berjangkit pulak kat makeup. Which is a good thing! Kepercayaan terhadap Mary Kay tu berterusan. Sekarang, dah ramai orang ada kesedaran untuk elakkan produk chemical termasuk barang makeup :)

Kat sini, I nak tunjuk antara makeup item yang ada dalam rangkaian Mary Kay untuk tatapan dan kegeraman semua haha.

Foundation Primer dan Mineral Powder Foundation (MPF)


 CC Cream SPF 15 untuk flawless look 


Translucent Loose Powder


Puluhan warna Mineral Eye Shadow untuk dipilih


Gel Eyeliner Jet Black yang tahan lama


Ultimate dan Lash Love Mascara yang berbeza fungsi untuk keperluan individu


Blusher Duo Cheek Color in Juicy Guava 


Blusher Duo Cheek Color in Ripe Watermelon


 
 Concealer dan Lipstick

 
Makeup Brush pun ada!


Ini I tunjuk yang basic je tau. Banyak lagi item macam eyebrow item, eye primer, pelbagai jenis lipstick lain etc. Paling penting, sebelum setiap produk ni di-release, Mary Kay akan ambik masa 6 tahun untuk R&D. Setiap tahun sebanyak 300,000 test dibuat keatas semua product Mary Kay untuk pastikan kualiti berada kat tempat teratas.

Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)

P/s: Credit to Mary Kay pictures

Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Wednesday, 27 April 2016

Bibir Cantik Sihat dengan Mary Kay True Dimensions Lipstick!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Toleh kiri nampak perempuan cantik. Toleh kanan nampak perempuan cantik. Cantik sebab lipstick dia. Biasa kita dengar, dari mata turun ke hati kan? Kali ni dari lipstick naik ke hati. Sebab mulut lagi tinggi dari hati, so kena panjat naik atas. Kita orang perempuan ni memang suka tengok benda-benda cantik, walaupun sesama jantina. Tapi tak semestinya kita lesbi or whatnot. Choi.

Alkisahnya nak cerita pasal lipstick ni, jadi marilah kita kembali ke pangkal jalan. Sapa pernah dengar Mary Kay TD Lipstick? Actually Mary Kay ada few ranges of lip product - Sheer Lipstick, Creme Lipstick, Lip Gloss, Lip Liner etc tapi kali ni I hanya nak cerita yang paling popular dan best seller, TD Lipstick!

I sebenarnya terkesima kadang-kadang. I order 3 batang habis. Order 5 batang habis, Order 10 batang habis. Semuanya dalam masa yang sangat singkat. Tak boleh nak brain ke-popularan dia. Alhamdulillah, bermakna kualiti dan jenama setanding seia sekata.

Gini I tunjuk rupa TD Lipstick ni. Contoh aje ye - credit to Mary Kay pictures.



Basically TD Lipstick ada button kat bawah dia. You tekan aje, toing keluar. So yang ada anak tu, good news untuk you lah sebab confirm anak tak boleh nak rosakkan sebab dia tak pandai tekan - instead of conventional packaging yang ada kat pasaran.

Cantik packaging je tak berguna, yang penting kualiti and benefit betul tak? I setuju. Jadi jom I bawak you digest kelebihan yang ada pada TD Lipstik yang neither of us boleh resist!


KELEBIHAN UTAMA MARY KAY TD LIPSTICK


1 - Lembapkan bibir serta-merta lepas apply untuk jangka masa yang lama.
2 - Licinkan garis halus kat bibir, so bibir nampak healthy gitew.
3 - Ada 12 pilihan warna dari range warna soft hingga warna berseri.
4 - Rawat bibir, bukan mencantik je.
4 - Ada 2 ramuan anti-aging yang boleh percepatkan penghasilan kolagen and kekalkan tahap lembapan bibir.

Ada 12 warna untuk pilihan. Antaranya:




Berdasarkan pilihan client I, favorite hampir 8/10 orang ialah Wild about Pink, Color Me Coral, Sassy Fuchsia, and Pink Cherie. Ni warna yang selalu out of stock cepat. Contoh real life;



Natural Beaute, Color Me Coral, Wild About Pink


Ni masa I apply Sassy Fuschia
*klik gambar untuk view yang jelas*


Dalam nak mencari produk makeup yang sesuai termasuklah produk bibir, wajib pilih yang merawat dan tak memudaratkan. Kita taknaklah cantik luaran je kan. Kalau ada mineral lipstick yang ber-kandungan organik, nape refuse untuk tukar? Betul tak? Untuk kualiti, well-known brand macam Mary Kay, harga dia tersangatlah affordable. Yang lagi best, sape try TD Lipstick ni, I nak bagi sample percuma Foundation. Sape nak? Jom!

Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)



Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Tuesday, 26 April 2016

Pengalaman Best Guna Mary Kay Oil-Free Eye Makeup Remover


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


I nak buat random questions. Tapi you all jawab dalam hati eh.

Siapa dekat sini suka makeup?
Siapa dekat sini elakkan makeup mata sebab susah nak cuci?
Siapa dekat sini mata jadi panda lepas cuci makeup mata?
Siapa dekat sini nak mineral-based makeup remover?

Kalau semua ya, boleh continue baca.
Kalau some yes some no, boleh continue baca.
Kalau semua no, bleh continue browse facebook baca gosip instead.

I nak cerita sikit pengalaman I sendiri yang mana semua yang kenal I, tau I suka makeup. Jadi masa tu student lagi, tak berduit nak pakai makeup remover semua. Ok pernah la sekali, tapi ya ampun berminyak dan sangat tak selesa. So I immediately stop dan bertobat taknak pakai dah. Then what I did was, I cuci makeup dengan Johnson baby oil. Masih segar lagi kat ingatan I, warna-warna botol yang pelbagai. Masa tu pikir, Ahhh elok ni mascara dengan eyeliner tanggal habis walaupun sekali dengan eyelash tertanggal, so great la kononnya kan!

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Rasa macam tragis sangat. I ni jenis suka spend masa kat cermin belek muka (harap you tak anggap I perasan) pastu, 'Aik apa ni macam bijik jerawat ni?' Ada 3 biji tempat berasingan area mata, so I ingat kulit I la bermasalah. I pun bagilah extra skin care, baby oil continue pakai sebab masa ni I tak expect pun apa punca dia. Tapi lama-lama bijik tu makin bertambah. Ada 5 pulak. Ada yang jelas, ada yang kecik. I fed up. Lebih kurang macam ni rupa dia.




Dalam biji tu ada macam benda putih kat dalam dia. So I start google sana sini, tanya orang tu orang ni. Sampailah I jumpa jawapan yang penyebab utama ialah BABY OIL tadi! Tekstur berminyak dan kandungan dalam tu sebabkan lebihan minyak and berkumpul kat area situ. I tak pernah terpikir. Noktah.

I stop pakai baby oil serta-merta and start looking for good makeup remover. Jadi I try-lah Mary Kay punya. Tak berminyak langsung bila you apply dekat mata. In fact, dia mampu wipe off makeup mata you tanpa ada kesan hitam pun. Cuci habis. Mascara yang jenis waterproof pun senang tanggal. Eyelash dah tak tertanggal :)

You all kena tahu ya, kulit kat bahagian mata ni ada kalenjar minyak yang sikit and lapisan kolagen yang lebih nipis dari mana-mana bahagian lain kat muka. Makin meningkat umur, lapisan lemak kat bawah dermis tu makin mengecut so kulit cepat sensitif and cengkung. Sebab tu mata ni perlukan extra attention, bukan saja-saja.

Okay sekarang jom tengok rupa MK Makeup Remover - photo credit to Mary Kay





 2 lapisan untuk dua benefits




 Appealing packaging yang buat I jatuh cinta



Kalau perasan, ada 2 lapisan kan? Lapisan atas tu untuk bersihkan makeup mata yang waterproof. Lapisan bawah pulak untuk cuci yang non-waterproof. Sebelum guna, goncang je untuk makesure you dapat maximum result.


Key Benefits


1. Tanggalkan makeup mata especially yang waterproof tanpa you rasa melecet, tegang or kering
2. Tak ada rasa berminyak yang boleh buat you tak selesa
3. Boleh tanggalkan semua jenis makeup mata - waterproof/non waterproof
4. 1 botol boleh tahan sampai 6 bulan. As for myself, guna since November 2016, baru habis separuh botol, everyday use!
5. Harga yang tersangat affordable kalau nak dibandingkan kualiti tinggi
6. Takde negative long-term effect sebab mineral-based

Jom I tunjuk you beza bila you cuci makeup guna MK makeup remover dengan Cleansing jer. 





See eh. Top picture, imagine itu adalah you yang suka makeup mata. Middle picture, bila you terus cuci muka tanpa pakai MK makeup remover. Ada lagi excess makeup dekat area eyelash, eyelid, and bawah mata. Below picture, bilamana you guna MK makeup remover. Totally clear. Boleh zoom.

Ada tak yang rasa eh tak puas hati lagi lah. Jom view demo video ni untuk rujukan.

Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


P/s: Credit to some of Google pictures.


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Saturday, 23 April 2016

4 Sebab Perlu Pilih Lily Suraya Sebagai Mary Kay Beauty Consultant Anda


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Poyo sangat title artikel kali ni.

     Controversial - kalau intrepretation minda kita negative
     Clear - kalau intrepretation minda kita positive

Tentunya mindset orang positive je baca artikel ni. Membaca kan jambatan ilmu hehe. Suka untuk I ingatkan, I ada kerja hakiki maka I hanya bergiat dengan Mary Kay secara part-time, tapi ikhlas. Ikhlas untuk membantu perempuan. Nilai utama yang diterapkan dan di-highlight dalam semua training yang I hadir so far.

Sedar tak sedar dah 50 tahun Mary Kay bertapak kat bumi. 15 tahun bertapak kat Malaysia. Kukuh ke tak kukuh tu? Ada berbelas ribu Beauty Consultant seluruh Malaysia. Tapi kita bukan nak cerita susur galur negeri Melaka mahupun Mary Kay, tapi nak cerita sebagai client, apa yang you boleh expect atau akan dapat kalau ber-Beauty Consultant kan I.

*menangis teresak-esak cikgu BM I baca ni artikel ni dek kerana BMnya yang lebur

Straight to the point jom?


1) Servis Cepat

Ini point paling utama. Servis I laju. Kalau you whatsapp, I akan sedaya-upaya reply on the spot. Terutama jam 6 petang dan keatas. Proses delivery atau shipping pun cepat. Biasanya the next day after bank in.


2) Ready Stock

Ada sesetengah client yang jenis tak suka menunggu, nak cepat. Berita baik untuk semua sebab kebanyakan produk terutamanya skincare adalah ready stock. Tapi client biasanya akan faham, kalau takde stock tu bermakna;

a) Stock habis tak sempat nak order sebab best seller. Walau I order banyak pun still tak sempat nak re-stock.
b) Item jarang di-order jadi I tak bercadang nak keep lama-lama supaya kualiti terjamin.

Thank you, dear existing clients.


3) Best Skincare & Makeup Consultation Ever

A - Z akan diterangkan berkenaan produk. Bermula dari fungsi, cara pemakaian, tips dan cadangan - semua akan I bagi. Once purchase, I adalah your lifetime Beauty Consultant selagi mana you bersama Mary Kay. Free of charge, seposen pun takyah bayor.


4) Free Gift Item MK

Yang mana client I, of course dia tahu point ni. Dapat barang Mary Kay for free! Sape taknak memang rugi uols. Tapi ada certain condition yang tak boleh di-reveal kat sini. Biarlah rahsia antara I dengan client tu. Kalau nak tahu, boleh whatsapp I.


Prinsip utama I, 'Usaha sama-sama sampai jadi'.


 Nak box comel ni tak? Condition applies.


Nak sample tak? Condition applies.


I taknak tulis panjang, cukup sekadar short and concise. Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Set Mary Kay Microdermabrasion - Set Parut dan Pori Yang Awesome!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Cuba pegi kat cermin sekarang. Pastu alihkan mata ke area pipi atas dan hidung. Pori muka you besar macam gambar bawah ni tak?


Perhatikan jugak parut-parut jerawat yang ada. Normally parut jerawat yang biasa kita tengok, ada 2 jenis. Samada parut berlubang or parut hitam. Dua ni memang mimpi ngeri bagi semua orang.



Ramai yang kita kenal ada masalah ni. Bukan dorang tak cuba untuk elak dan rawat, tapi tak berjaya. Dah beribu habis, tapi oh no. Tak jugak menjadi. Stress. Masalah tak selesai pun.

Yang cuba nk faham, begini. Pori besar penyebab utama kulit berjerawat. Sebab apa? Bila pori muka besar, debu-debu halus and kotoran senang je masuk dalam kulit, lebih-lebih lagi kalau you tak pakai filter - yakni pelindung macam sun protector atau foundation. Bila debu and kotoran tu tersumbat, oksigen tak dapat keluar masuk dengan baik. Clogged. Terjadinya jerawat - jenis nanah, rashes, merah-merah. Dicampur pulak cara penjagaan kulit yang tak betul, makin bermaharajelala lah jerawat tu kat situ.

KATAKANLAH, you berjaya menamatkan riwayat jerawat tu, ingat, ada satu lagi masalah besar, iaitu parut jerawat. Parut ni bergantunglah pada jenis jerawat you tempoh hari. Nk hilang parut makan tahun, bukan sehari, bukan seminggu ya. Bukanlah niat nak takutkan, tapi I rasa semua orang pun aware.

Jadi, tujuan I cerita tentang pori besar dengan jerawat ni, sebab I nak semua orang tahu yang Mary Kay ada Microdermabrasion Set yang tujuannya khusus dan specific kepada pengecilan pori and pemudaran segala jenis parut jerawat, terutamanya parut jenis berlubang. Dalam set ni ada dua Step, iaitu Refine dan Pore Minimizer.

1 - Refine

Fungsi macam scrub. Tanggalkan sel kulit mati supaya muka berseri and nampak healthy. Tekstur dia macam losen putih berkrim tu. Bantu suburkan kulit dari bawah melalui proses mikroperedaran - bawak oksigen keatas kulit untuk serlahkan kulit yang sihat!

Refine ni jugak bantu kecikkan pori dengan cara tanggalkan set kulit mati yang terbentuk secara semulajadi/faktor persekitaran kat dalam and sekeliling pori tu. Ingat, segala benda yang tersumbat dalam liang pori tulah yang transform jadi sel kulit mati yang bukan je hasilkan jerawat, tapi kulit kusam/gelap.


2 - Pore Minimizer

Bila dah pakai Refine yang berfungsi macam scrub, dah tentu kita perlu something yang melembutkan kulit betul tak? Sebab tu replenish ni cepat serap dalam kulit supaya dapat melicin and melembut. Yang berjerawat berlubang tadi elok sangat untuk ratakan balik struktur kulit. Tekstur macam serum yang ringan gila, macam tak pakai apa kat muka. Yang berpori pulak, ini lah masanya untuk pori dikecikkan!

Suburkan kulit dari atas dengan ramuan ekstrak daun Camellia. Boleh jugak jadi pelindung (filter) dari debu-debu supaya tak masuk dalam pori you.


Dua-dua item ni bantu and bergabung satu sama lain untuk pastikan masalah pori dan parut jerawat tadi selesai. Cantikkan, serikan, lembutkan, cerahkan kulit tu dah tentu, tapi extra function utk rawat pori dan parut jerawat tadi memang susah nak ada dalam mana-mana produk sekalipun.

Sebab tu Mary Kay keluarkan satu set yang spesifik kepada masalah ni. Kita sedar dan buat kajian. Perlu dihasilkan untuk set organik dan mineral untuk bantu. Yang pori kecik dan takde masalah parut, jangan ingat kulit dah cantik menarik tertarik ya. Sebab masalah kulit tak terzahir on the spot, makan masa. Jadi, penting sebagai supplement. Tengok balik fungsi-fungsi Refine dengan Replenish tadi. In short,

Refine sebagai 'Scrub'
Pore Minimizer sebagai 'Item Pengecilan Pori'

Trust me, semua orang akan ada sel kulit mati. Sebab tu kena scrub 2-3x seminggu. I yang naik sebijik jerawat sekali setahun pun pakai set ni, untuk long term investment on skin. Tak terbeban pun. Sebab 1 set tahan hampir setahun. Penjimatan yang sangat gila kan? I rasa semua orang nk transformation macam ni;




Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.



 Left: Pore Minimizer    
Right: Refiner


Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Sunday, 17 April 2016

Jenis Foundation Mary Kay Yang Flawless!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


I perhatikan. Ramai sangat perempuan kat Malaysia ni suka makeup tebal. Pastu nampak tak sekata. Bercapuk. Kerap jugak I ni nak keluarkan compact powder dan hampir-hampir nak tolong sekatakan. Nasib baiklah dihalang suami, dia suruh I mengucap. Jangan over kata dia.

Bukan apa, dia tahu tak yang kita tak perlu pun nak tampal tebal-tebal foundation tu. Jumpa yang sesuai dan kena dengan tona kulit, perfect dah. Auto-toned. Jangan sampai hilang muka asal kita. Bagi yang jenis tak suka pakai foundation macam I (I used to put on Sunblock only), pemilihan foundation akan jadi sangat cerewet.

'Kalau pakai, muka jadi oily or kering sangat tak?'
'Nanti nampak fake tak bila pakai foundation ni nanti?'
'Bila pakai, bercapuk tak? Senang nak blend tak?'

Ini antara soalan-soalan yang boleh buat salesgirl histeria. Sebab cerewet sangat. Namun, pantai pun berubah, inikan pulak perception manusia. Selain CC Cream, I try jugak Mary Kay Timewise Foundation, and guess what? I like it! Bukan nak tutup noda kulit je, tapi all-in-one.

Untuk recap - pada yang terlepas beberapa artikel sebelum ini ya. Bila sebut Timewise, ching lah di fikiran anda bahawa kita sedang bersembang tentang regime penentang umur, dalam bahasa pasarnya. Kalau urban sikit, anti-penuaan.

So basically, Timewise Foundation ni direka untuk lindung kulit dari persekitaran yang boleh akibatkan penuaan kulit. Ada formula utama untuk atasi fine lines, bina collagen kulit, repair kulit, and bagi full coverage.

Ada 2 jenis yang boleh fit kulit you all:

1) Timewise Matte Wear Foundation

Untuk orang berkulit combination to oily. Ada kandungan emollient untuk kulit nampak lembap/glowing, dan ada sejenis kompleks pengawal minyak untuk serap minyak pada kulit. So instead of oily, kulit akan nampak matte dan bebas minyak.

2) Timewise Luminous Wear Foundation

Direka khas untuk orang berkulit normal to dry. Ada satu sebatian pelembap yang bantu hidratkan kulit you serta-merta. Diformulasi dengan agen peresapan cahaya untuk divert-kan cahaya dari fine lines supaya nampak kurang ketara, jadi kulit akan nampak berseri. Ingat, orang berkulit kering ni memang senang nak nampak freckles or fine lines, sebab tu dalam regime skincare Mary Kay, semuanya tekankan aspek anti-aging.

Selain untuk tutup cela dan anti-aging, foundation boleh sekatakan tona kulit and jadi filter untuk tapis habuk, supaya tak melekat terus pada liang kulit dan masuk dalam pori yang akhirnya akan menyebabkan jerawat OMG.

I pakai almost 6 months (gilir-gilir dengan MK CC Cream ikut mood), still belum habis. Yang mana tengah pakai Foundation tu, jom bertukar ke Timewise Liquid Foundation!





5 tona available. Kalau tak reti nak pilih yang mana satu sesuai dengan kulit you, it's ok I akan bantu. Yang penting, you have a will!

Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Langkah Penjagaan Wajah dari Sudut Mary Kay


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Jam dah menunjukkan kul 11 malam. Tapi tak boleh nak lelap. Siang penat sangat. Ditambah pula macam macam dalam fikiran ni, maka susah nak tidur pulak dah hehe. Pagi tadi, I ada post artikel tentang CC Cream, tapi alang alang takleh tidur ni, update blog ah.

Nak dijadikan cerita, tadi ada sorang bakal client I ni whatsapp dan tanya macam mana sebenarnya Langkah Penjagaan Muka yang betul sebab dia tengok macam macam versi, I pun nak explain, tapi panjang nau. Tak tertaip rasanya. So here you go. Harap dapat membantu yang lain juga!

Basically senang je nak tahu, kita sebenarnya ada lima (5) langkah penjagaan kulit muka, ini yang asas ya, tak termasuk supplemen kulit. Bila sebut asas, kita perlu tahu yang ia adalah wajib. Something you cannot escape from. Nak lari macam mana pun, nak malas macam mana pun, memang ini yang asas dia.

'I takde pakai apa pun. Pakai cleanser and powder je. I nak cantik natural'

OMG ladies. Ni bukan zaman 90an lagi untuk guna alasan lapuk ini. Yang duduk zaman batu pun silap silap gelakkan engko kalau masih kata Cleanser dan Krim Siang dah cukup! Faktor persekitaran, faktor pemakanan, perubahan hormon badan, lifestyle dan lain lain, itu semua penyumbang kepada masalah kulit.


LANGKAH DAN TIPS PENJAGAAN WAJAH

1) Mencuci

Cuci muka 2 atau 3 kali sehari. Pagi, tengahari (jika solat) dan petang. Pastikan muka bebas makeup sebelum tido. Make sure muka betul-betul bersih dicuci terutama musim jerebu sebab kita taknak kotoran dan habuk melekat dan tersumbat dalam pori. Muka mesti dilap dengan kering lepas dicuci sebab kita taknak air meresap kedalam kulit dan menyerap lembapan pada muka. Salah satu faktor yang menyebabkan kekeringan pada kulit - berendam dalam air. Swimmer biasanya kering kulitnya.

Cari Cleanser yang sesuai dengan kulit you. Pencuci yang sesuai dengan kulit takkan ada rasa kering pada kulit muka, sebaliknya rasa segar, lembut dan lembap lepas dicuci, bukan rasa tegang. So hati-hati ya. Refer info Mary Kay Timewise Cleanser kat sini and Botanical Cleanser sini.

2) Buang Sel Kulit Mati

Buang sel kulit mati dengan masker atau scrub. Gunakan 2x seminggu, seeloknya waktu malam untuk best result. Why? Sebab lepas mask or scrub, kulit akan jadi sangat lembut. Jadi kena kurang terdedah dari sinar matahari. Make sure muka dah bersih sebelum pakai mask/scrub. Mungkin ada antara kita assume yang kulit dah cukup cantik dan tak perlu mask whatever dah. I la salah sorang dulu. Mask perlu untuk deep cleansing, untuk bersihkan pori-pori, dan nak buang sel kulit mati.

Ingat, pori kena bersih untuk elak whitehead/blackhead yang juga penyebab acne. Sel kulit mati pun penyebab kekusaman, so wajib buang. Cleanser biasanya cuci permukaan kulit muka, kecuali kalau you guna Cleanser yang ada fungsi exfoliation macam Mary Kay Timewise Cleanser.

Carilah mask/scrub yang sesuai dengan kulit dan keperluan kulit you. Mask untuk kulit kering kena berfungsi untuk bersihkan pori dan buang sel kulit mati sambil hidratkan kulit. Mask untuk kulit berminyak pulak kena berfungsi untuk bantu keluarkan minyak yang berlebihan. Ada jugak mask yang berfungsi untuk hidratkan kulit, sambil bagi kesan lifting and kurangkan fine lines.

Mask yang sesuai akan buat you rasa segar, lembut dan 'terangkat'. Dan kalau you ada mask DAN scrub, ingat ya. Jangan guna dua-dua pada hari yang sama. Cuba Mary Kay Gel Mask atau Mary Kay Timewise Micro Refine. Dua-dua pun highly recommended.




3) Menyegar

Perlu ke step ni? Ya, perlu. Mary Kay Freshener atau Mary Kay Softener dalam range Mary Kay, fungsinya lebih kurang sama dengan Toner. Bezanya, kuantiti kandungan alcohol dimana MK product jauh lebih rendah dari Toner yang ada kat pasaran. Gunakan Freshener/Softener lepas cuci muka (atau lepas Step 2 kalau you apply mask/scrub) untuk tanggalkan sisa kotoran yang mungkin still melekat. Sebab tu kita guna facial cotton untuk sapu Freshener/Softener. Bila kulit dah betul-betul bersih, next step jadi lebih berkesan. Serum pun mudah meresap dalam kulit.

Freshener/Softener mampu bantu haluskan pori-pori dalam jangka masa panjang. Kalau perasan, MUA biasanya akan guna toner sebelum makeup (untuk kecikkan pori) supaya makeup nampak lebih sekata and cantikkkk.

Guna Freshener/Softener tiap pagi and malam. Dan carilah produk yang takde alcohol atau kandungan alcohol yang sangat rendah, sebab alcohol boleh keringkan dan pedihkan kulit. Ingat, kulit kering boleh menyebabkan kedutan sebelum masanya!



  











4) Melembap

Kenapa perlunya pelembap? Untuk pengetahuan, pelembap bukan untuk lembapkan kulit jer deknon, tapi jugak berfungsi sebagai protection layer daripada habuk tersumbat dalam pori dan agen kawalan kelembapan kulit. Kalau takde pelembap, hidrasi atau air yang ada dalam kulit akan tersejat keluar. Kulit akan bertambah kering. Ada masanya sistem tubuh badan kita keluarkan minyak berlebihan untuk gantikan lembapan bila kulit terlalu kering.

Pelembap yang sesuai akan buat kulit rasa lembap lepas disapu dan akan ambik masa sejam utk fully absorbed dalam kulit. Ingat, pelembap sepatutnya diserap dalam kulit, bukan terus kering di udara. Kalau you guna Mary Kay Timewise Moisturizer, dia boleh bagi lembapan selama 10 jam pada kulit. Jadi, kalau you cuci muka dalam tempoh 10 jam lepas apply, you dah tak perlu apply moisturizer dah. Tapi bagi yang jenis kulit TERLALU KERING, then I sarankan tetap apply supaya kekal lembap.

Samada kulit kering, normal, kombinasi, or oily - jangan sesekali tinggalkan pelembap. Siang dan jugak malam. Cari pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk kesan terbaik. Highly recommended - Mary Kay Timewise Moisturizer atau Mary Kay Botanical Hydrate.



 











5) Melindung

Pelindung yang I maksudkan kat sini ialah bedak asas. Pelindung dari kotoran dan habuk. Bedak asas or foundation bukan nak bagi kulit nampak lawa and sekata je, tapi jugak bertindak sebagai filter - untuk elakkan kotoran dan segala jenis habuk dari melekat terus pada kulit muka, masuk terus kedalam pori, menyebabkan blackhead/whitehead dan jerawat. 

Choose wisely. Pilih bedak asas ikut jenis kulit you. Kalau kulit kering, pilih bedak/foundation yang ada kandungan emollient untuk nampak lebih lembap dan glowing. Kalau kulit berminyak, pilih yang bagi kesan matte. Mary Kay ada kedua-keduanya yang specific pada kulit, bukan Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit sebab formulanya mesti berbeza kan? Mary Kay Matte Wear Foundation untuk kulit berminyak dan Mary Kay Luminous Wear Foundation untuk kulit kering.


And ingat, jangan tido tak cuci muka foundation tu semua. Bila kita baring, pori-pori akan melebar dan mudahkan foundation masuk dalam pori sekali dengan kotoran. Boleh bayang tak?

Kalau kulit bermasalah, refer dulu daily routine skin care. Macam I mention kat atas, ini adalah basic. Kulit bebas cela, makeup pun nampak awesome.


Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Friday, 15 April 2016

Kepentingan dan Kebaikan Mary Kay CC Cream SPF15


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Sebutlah makeup foundation, semua perempuan confirm tahu. Tapi agak-agak, kalau sebut CC Cream, semua tau tak? Mula-mula, I assume kaki makeup je yang tahu. Tapi sebenarnya, CC Cream lah antara my best seller! Setiap hari mesti ada yang bertanyakan CC Cream. So bila I tanya balik cemana dapat info pasal CC Cream semua, dia cakap, 

'Saya refer ig dan facebook page sis...'  

I melting you ols. Sebab dia sudi follow update Mary Kay.

Berdasarkan situasi macam ni yang sangat kerap, jadi I perlu ambik langkah tertentu, iaitu order CC Cream banyak-banyak dan make sure always in stock. I taknak client I tunggu lama, melainkan terpaksa.


 Mary Kay CC Cream SPF15 in stock!


Pada yang tak tahu, meh I enlight you.

Background sikit ek. Mary Kay CC Cream adalah singkatan dari perkataan Color Correction atau Complexion Correction. Teksturnya bersifat lebih ringan berbanding segala jenis foundation. Di-formulasi macam skincare, bertindak macam makeup. Tahu apa maksudnya? Haaa, melalui kelebihan dia kat bawah ni, you akan faham kenapa I cakap macam tu.

Melindungi

Lindung kulit dari kerosakan sinaran UVA dan UV dgn spektrum luas SPF15.

3-in-1

Apa yang 3-in-1 pulak? FYI, kalau you jenis yang malas nak tempek banyak-banyak kat muka or you jenis busy bebeno tapi nak perfect skin, good news here! CC Cream dah sedia ada Moisturizer, SPF dan CC Cream itself adalah Foundation Cream ber-tekstur ringan. Apply CC Cream je dapat 3 benefits. Madness apakah ini?

Mencerah

Serikan kulit dan cerah tona kulit dengan cepat. Mary Kay buat beberapa survey untuk CC Cream ya. Overall, 95% setuju yang CC Cream sekatakan tona kulit, 87% setuju CC Cream serikan kulit!

Tutup Cela

Dengan tekstur yang superb ringan macam you tak pakai apa kat muka, CC Cream mampu tutup cela, lingkaran hitam dan pada masa yang sama, teradun baik dengan tona kulit you. Your skin perfect imperfection boleh dibetulkan dgn pigmen CC Cream yang berasaskan mineral ni deknon oi. Kulit akan nampak flawless and glowing sebab full coverage.

Minimumkan Kemerahan

Yang berkulit sensitif memang boleh apply CC Cream. Legakan kemerahan kulit tu. Ujikaji dijalankan pada wanita yang ada masalah Rosasea dan 91% dari dorang setuju CC Cream dah minimumkan kemerahan tu. Awesome! You akan rasa lega especially yang ada jerawat ya.

Menghidrat

Biasanya bila dah sebelah tengahari ke petang, kulit dah mula rasa merenyam kan. CC Cream ni boleh hidratkan kulit you selama 10 jam. Rasa lembap yang lega tu, tapi tak berminyak or lekit pun sbb dia slowly meresap dalam kulit sebaik saja you apply. 

Kurangkan tanda penuaan

Kebanyakan produk Mary Kay mementingkan perkara berkaitan tanda penuaan. Kita kena nampak muda dari umur sebenar, bukan nampak tua dari umur sebenar. Keadaan struktur kulit yang menyumbang pada tanda penuaan tadi tau! CC Cream diformulasikan untuk kurangkan fine lines, kecikkan pori yang terbukak dan improve tekstur kulit.


SESUAI UNTUK SEMUA WARNA KULIT KE?


Ada 4 tona, in total. Very Light, Light-to-Medium, Medium-to-Deep, dan Deep. Kebanyakan client, akan ambil Very Light. Tepung gomak? No no no. CC Cream Very Light tidaklah seputih yang you bayangkan. Tone-nya sedang-sedang je. Macam I sendiri, kulit takdelah cerah mana. So kengkonon ingat Light-to-Medium lah yang paling sesuai. Pastu rasa kusam, ingatkan perasaan je. Rupanya pergilah mana-mana, semua orang tegur,

'Kenapa you nampak gelap sekarang? Sunbeach ke?'
'Kenapa nampak kusam tu Lily, strees dengan kerja ke sampai tak jaga muka?'

Amboi lasernya! I pun balik rumah. Belek-belek CC Cream pastu decided tukar kepada Very Light. Baru okay. See?


SECARA KESIMPULAN-NYA, KALAU YOU...

1) Nak litupan ringan untuk cover semua cela;
2) Nak easy solution untuk semua skin benefits;
3) Nak mineral product yang tak ada kesan jangka panjang, sebaliknya merawat kulit;

Great. Sebab you dah pun baca artikel ni. Sekarang, tinggal buat wise decision.


Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.



Available Tone


Very Light - Takdelah cerah mana, tapi tona sekata.


Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Fakta UV dan SPF


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Mesti ramai yang pernah dengar perkataan 'UV' dan 'SPF'. Tapi sejauh mana pengetahuan you, harini kita sama-sama kongsi ya. Buka minda, buka jiwa. Sebab senang nanti, nak buat decision samada nak simpan duit dalam purse atau invest sikit untuk kemajuan bersama. Eh kecantikan bersama.


APA ITU UV?


UV terbahagi kepada UVA, UVB, dan UVC.

Pancaran matahari boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Pastu dan-dan je timbul garis halus, walaupun umur you masa tu baru 25 tahun. Kulit jadi kusam, gelap. Horror. Bukan nak kata kulit gelap tu horror ya, tapi dari warna kulit asal normal, tiba-tiba berubah. Believe me, kita boleh kenal kulit yang sihat ataupun tidak. Orang perempuan ni bab menilai, dialah Queen hehe. Apa-apa pun -

Semuanya kerana UV!


(Ni masa I 26 tahun - kulit nampak kusam sikit. Kalau dapat zoom, boleh nampak garisan halus sekitar dahi dan hidung)


(Ni 27 tahun, Feb 2016 - ni lepas 3 bulan pakai MK Sun Protector SPF35, TW Day Solution SPF35, dan CC Cream SPF15)


(Sekarang, April 2016 - Perubahan I yang rasa. Bila kulit dilindungi, kulit dah tak sekusam dulu, pastu nampak glow sikit)


Lebih teruk, kalau jeragat dah tampilkan diri dia. Yang ni memang susah bila dah ada. Sebab you tak boleh remove jeragat completely macam jerawat. Hanya boleh pudarkan.

Sebab tu ladies, kita perlukan perlindungan dari sinar UV dengan pengambilan produk yang ada SPF. Lagi-lagi dengan musim panas yang terik ni. Kalau kulit tangan or kaki rasa perit, you bayangkanlah apa effect-nya pada kulit muka yang konpem lebih lembut.


JADI, SPF TU APA PULAK?


Ini fakta yang you sendiri mungkin tak pernah dengar. Tapi dah terbiasa, yang lebih tinggi SPF lebih baik. Ya, memang betul pun principal tu.

1 SPF bagi perlindungan dari UV selama 20 minit. Jadi, produk yang ada SPF35 actually mampu lindung kulit you selama 700 minit atau bersamaan dengan 11 jam. Sebagai contoh, TW Day Solution dan MK Sun Protector ada SPF35. Jadi kalau you start sapu pukul 7 pagi, dia mampu lindung kulit you sampai pukul 6 petang. Ke-awesome-an apakah ini?


TAPI,


Kalau you involve dengan aktiviti macam swimming atau apa-apa sports yang keluarkan peluh, pastikan you sapu semula produk ber-SPF tu yang perlindungan yang cukup.


DAN INGAT,


Walaupun you guna produk ber-SPF, tak bermakna kau boleh berjemur tengah panas berjam-jam lamanya eh :)

Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.


Mary Kay Sun Protector SPF35

Mary Kay Timewise Day Solution SPF35


Boleh refer kelebihan lain tentang TW Day Solution, click here .


Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Thursday, 14 April 2016

Kelebihan Kebaikan Skinvigorate Mary Kay


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Selepas pukul 12 tengahari adalah saat yang paling bahagia. Sepanjang bulan ni, harini lah hari yang paling stressful dan devastating. Tadi siang I ada presentation dengan UK big boss. Part preparation yang paling memenatkan. Tapi once dah habis, ambik kau. Ibarat baru habis final paper - paper last masa Degree.


'Whatever. Taknak tahu. Aku nak baca content blog kau je. Nak tahu pasal Mary Kay'


Berkata segelintir manusia.
Jadi, mari segera mulakan.
Dalam banyak-banyak client I, bila ditanya masalah kulit. Jawapan mesti macam ni,


'Entah la sis. Kulit saya berjerawat, open pores, whitehead, blackhead semua ada'

'Saya dah tak tahu nk buat apa. Bila cuci muka rasa tak bersih. Tu yang muka saya senang naik jerawat sebab pori tersumbat'


'Tona kulit muka saya tak sekatalah. Bila mekap nampak bercapuk. Kulit jadi gelap'



Nah I copy sebijik dari whatsapp conversation I. Hari-hari feedback yang sama.

Oleh itu, selain skincare yang betul, biasanya I akan suggest satu best seller cleansing brush, iaitu SKINVIGORATE.

Dah ramai yang dengar pasal Skinvi ni. Tapi tak semua orang tau from A to Z. Jadi, I nak terangkan kat you all, especially info yang terpenting.


KENAPA SEMUA ORANG PERLU ADA SKINVI? FAKTA.


Pertama, Skinvi mencuci kulit you 85% lagi effective dari cuci muka guna tangan.

Kedua, Skinvi boleh berputar 400 kali putaran SEMINIT sambil mengurut kulit, jadi bagus sangat utk blood circulation. Blood circulation yang baik boleh bantu you untuk dapat kulit sihat dan lebih radiant.

Ketiga, kita ada sebanyak 20,000 pores di seluruh muka (tak nampak kan?) Jerawat akan tumbuh bilamana pores tersumbat dengan debu and minyak. Brush Skinvi memang sengaja di-design dengan saiz yang teramat kecik, lagi kecik dari saiz pores kita, jadi bristle Skinvi dapat masuk dalam dan bersihkan pores yang tersumbat.

Keempat, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berkulit sensitif, sebab bristles-nya tersangatlah soft.

Kelima, sesuai untuk orang yang selalu busy, sebab you hanya perlukan paling lama 2 minit!

Keenam, banyak cleansing yang ada kat pasaran cepat rosak kalau terkena air, tapi Skinvi adalah bersifat waterproof.

Ketujuh, cara cuci brush tersangatlah senang. Cuci je dengan shower gel atau shampoo right after lepas guna dan bilas bersih. Selamat, jangan risau.

Kelapan, jauh affordable berbanding brand yang lain. Sila compare dengan produk yang tinggi kualitinya. Yang lebih murah dari Mary Kay, adalah lebih baik you guna berus gigi je pada kulit sebab lagi murah harganya, lagi kasar bristle-nya (your choice).

Kesembilan, ringan dan ada dua tahap kelajuan yang you boleh pilih. I biasa guna yang laju untuk sental bahagian hidung hehe.

Kesepuluh, Skinvi boleh capai lebih dari 400 putaran SEMINIT dengan urutan lembut dan jauh lebih bersih.

Last but not least, kalau you guna berterusan, memang terasa betul perbezaan dia. Tona sekata, pori mengecik, kulit rasa cergas dan segar, and kulit nampak lagi cerah dari just pakai cleanser dengan tangan.


APA KEBAIKAN UTAMA YANG YOU AKAN DAPAT?


1) Skinvi mampu bersihkan makeup bersih kalau dibanding dengan gosokan jari. You boleh test sendiri dengan facial cutton lepas cuci muka. Kalau based on experience I, bagi excess makeup yang tertinggal, ada kesan powder pada kapas walaupun lepas muka dicuci and disapu softener (toner). Lepas guna Skinvi, dah takde warna powder yeay. Cukup bersih. Puas hati! Sape yang ada whitehead blackhead macam kat bawah ni dah boleh sujud syukur sebab in-shaa-Allah hilang.



2) Kulit nampak segar and hilang segala kekusaman. I ni walaupun jarang berjerawat, tapi ada satu masalah yang orang tak nampak, tapi of course you perasan sebab diri you kan. Kulit I jenis kering, jadi kulit cepat nampak kusam and gelap. Terdedah kat matahari or tak, tetap nampak kusam. Makeup pun kena tebal sikit masa tu sebab nak cover takde seri muka. Lepas guna Skinvi ni, perlahan-lahan kulit berubah tona. Makin cerah dan berseri you ols!  Alhamdulillah, self-satisfation dah tercapai.




3) Bila dah kulit kusam, mesti tona pun ikut tak sekata. Bercapuk-capuk. Nampak tak lawa walaupun dah cover dengan bedak berkilo-kilo. So bila you cuci dengan Skinvi, takde area kulit yang akan tertinggal. Guna tangan, kita tend untuk focus pada pipi jer. Tapi bila you selesa guna Skinvi dan ikut cara penggunaan yang betul, tona kulit akan semakin sekata dan radiant. Cucian lebih menyeluruh.

4) Kulit di-exfoliate dengan lembut. Bila sel mati dan tak ada, kulit yang bersih tu lebih bersedia terima dan serap bekalan khasiat segala macam cream muka and serum yang disapu ke kulit.

5) Kebaikan dari sudut item, iaitu Skinvi tu sendiri. You akan dapat free 2 head brush dan batteries. 1 head brush untuk penggunaan selama 3 bulan. Bila head brush dah fully utilised, you boleh purchase brush je, tak perlu beli the whole set. Harganya pun sangat affordable.


Amacam so far? Hadamkan ya. A bit panjang, tapi percayalahhhhh. Informative bila you dah bersedia nanti.



ARAHAN PENGGUNAAN SKINVI


1) Tanggalkan mekap mata dan bibir dulu dengan Mary Kay Oil Free Makeup Remover :)
2) Basahkan sikit muka dan brush dengan air.
3) Sapu or dot-dot kan Cleanser kat muka.
4) Tekan butang On/Off Skinvi dan tekan Speed Control ikut kelajuan yang you nak.



5) Mula proses membersih dari pipi, membersihkan setiap pipi selama 15 saat.
6) Gerakkan brush ke kawasan hidung dan dagu dan membersih selama 15 saat.
7) Dan tamatkan proses pembersihan di kawasan dahi selama 15 saat.
8) Cuci muka dan bilas head brush dengan air.
9) Sesuai untuk 2x sehari, elakkan kawasan mata dan rambut.

Analogi I simple je. Jawab soalan ni. Pernah gosok gigi dengan jari? Sama tak gosok dengan tooth brush? Definitely tak sama. So, principal yang sama lah kalau you guna Skinvi.

Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.




Kalau rasa nak ubah mindset dan nk ubah angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya
+60175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.