Monday, 12 July 2021

Lily Suraya: Kelebihan Bisnes Mary Kay dan Cara Join

Assalamualaikum semua!

Hai hai lama sungguh kita tak bersua, bertemu empat mata, mata awak dua bijik, mata kita dua biji, hati gundah gulana tertanya tanya mana Lily Suraya lama dah takde entry dari beliau. Apakah yang terjadi agaknya? Masih buat Mary Kay ke?

Hahahahahaha.
Perasan!
Padahal takde sapa pun perasan!

But now I nak imagine yang ada sejuta orang menunggu nak baca entry I kalini. Lebih lebih lagi bila tengok Tajuk Entry. Omaigaddd! "Inilah benda yang haku tertunggu tunggu selama ini" detik Kak Salmah dalam hati.

Okay semua dah bersiap siap sebelum nak baca perenggan seterusnya?
Baju dah lipat? Masak dah? Anak dah mandi? Rumah dah sapu?

Apa? Belum?! PETIR SABUNG MENYABUNG***

Rilex aaa. Baca dulu blog ni sampai habis baru buat semua tu. Hahaha!

Sebelum I share "Apa Kelebihan Join Mary Kay" ni, I nak share dulu apa yang dimaksudkan dengan Join. "Join" ni ada dua maksud. Pertama join sebagai seller, bermaksud chuols boleh join I untuk create additional income. Jadi kalau rasa rasa nak tambah pendapatan, gaji tak naik naik, rasa duit yang keluar lagi banyak dari masuk, sampai sudah tabung simpanan kosong, silalah ambil langkah utk MULAKAN BISNES ANDA.

Dan kedua join sebagai user, bermaksud chuols boleh join untuk beli produk kegunaan sendiri. So bolehlah pakai dengan harga yg lebih rendah, ada terma nya lah sebab dia bukan keahlian yang macam Aeon, Cosway bagai yang cuma kumpul points dan dapat rebate RM10 macam gitu chuols! Ia lebih daripada ituh! Jadi dapat apa lily? DAPAT CUANTIK!

Okay now. Sebelum decide nak join, tentulah chuols nak tahu kan apa kelebihan join ni. "Apa yang kepoh sangat Lily Suraya ni sampai buat dedicated entry utk topik nih? Apa yg kepoh sangat sampai suruh baca blog dia dulu sebelum lipat kain ni! Chill la kan. I dah la suka lipat kain!" kata Kak Joyah. Dah dah la membongak Kak Joyah, kain dalam bakul tu dah dua bulan tepi tangga tak berlipat.

YES. I HAVE BEEN WITH THIS BUSINESS CLOSE TO SIX YEARS AND I ALWAYS BELIEVE AT ONE THING - IF IT'S GOOD FOR ME, IT'S GOOD FOR OTHERS TOO.

KELEBIHAN JOIN MARY KAY

1. Mary Kay adalah sebuah direct selling company yang amat kukuh dan stabil di pasaran dunia. Benefit Mary Kay kepada salesforce tidak pernah berubah atau dikurangkan sejak 50 tahun yang lalu.

2. Widely known as international brand. Top 5 Brand Terbaik di dunia. Dijual di lebih 40 buah negara. Retails sales mencecah USD4 billion setahun. Jadi ketahuilah chuols menggunakan produk terbaik di dunia. Terbaik dari segi keselamatan dan keberkesanan produk.

3. Profit margin atau keuntungan yang diberikan oleh Mary Kay adalah antara yang tertinggi dalam pasaran direct selling seluruh dunia. I pernah jadi dropship, I pernah jual macam macam sebelum bertemu jodoh dengan Mary Kay, jadi ya profit margin amat berbaloi dengan segala usaha keras. Nak tahu berapa? Kena PM hehe.

4. Bayaran pendaftaran yang AMAT RENDAH. Chuols bayangkan fee cuma 2 angka iaitu RM70 (dulu RM200) tetapi chuols akan dapat starter kit yang bernilai hampir RM200. Omaigadddd I am so jelly dengan chuols semua! Starter kit tu mengandungi:

Starter kit bag - worth RM100
Satin lips set - worth RM84
Samplers
Book, receipt books, magazines etc to help you start your business


So untung ke untung? UNTUNGGGG! Wah ramainya yang jawab dalam hati mcm tu kan, mesti ramai terkejut ni, I know right?

So apa lagi itu aje ke? Hey ko jangan macam macam dik. Kalau jumpa depan depan ni mmg boleh nampak mata I terjegil jegil dek excited berkongsi.

5. Banyak program dan hadiah! Okay I nak tanya, berapa kali dalam setahun you dapat hadiah? Masa Anniversary dan Birthday je kan? Itupun kadang kadang dapat kadang kadang tak dapat. Belum masuk yang buat buat lupa atau postpone ke tahun depan. Ada orang tak pernah dapat hadiah langsung! But worry not! Sebab jika you join Mary Kay, peluang untuk dapat hadiah tu terbuka pada semua. Sebab Mary Kay adalah sebuah COMPANY YANG SUKA BAGI REWARD. Program apa? Ok kena PM I juga :)

6. Ilmu kecantikan DAPAT PERCUMA. Chuols tahu kan class yang membolehkan kita jadi orang ada skill dan ilmu ni biasanya kena bayar beribu ribu kan? Tapi Mary Kay sediakan percuma je. Tak pandai makeup, tak pernah berbisnes? Takyah risau sebab kelas sangat banyak untuk anda. Semua yang join Mary Kay bermula dari kosong termasuklah I sendiri.

7. Ada peluang untuk berhenti kerja kalau rasa penat dan stress 8-5 setiap hari! Macam I sendiri, awalnya join Mary Kay memang takada niat langsung nak berhenti kerja. Tapi itula kan, kenapa pulak taknak berenti kerja dan work at flexible hours kalau gaji Mary Kay tiga empat kali ganda lebih banyak dari kerjaya dahulu kan! Alaaa jeles lah tu. Dari sini I nampak tu ada yang rolling eyes, ada yang mata keatas tangan dibahu, ada yang muka annoying hahaha! You can be like me too bebeh!

Ayoyo, cerita tentang kelebihan pun sampai sejam korang kena baca kan. Bayangkanlah betapa banyaknya! Actually banyak lagi tapi tak tertulis. Tulis panjang panjang kang anak I tak makan pulak, makan pinggan kosong je hahaha. Anyway memang banyak hingga ada satu tahap you rasa sayang sungguh dengan bisnes ni. Banyak membentuk sikap dan peribadi yang elok  juga. Aaaagitchuuuu.

SO MACAM MANA PULA CARA NAK JOIN MARY KAY?

Jawapan dia...Jawapan dia...Hmm macam mana nak cakap ya?

Okay.

WHATSAPP SIS LILY SEKARANG JUGA. TUNGGU NI.

Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director

IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya

DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.