Friday, 23 February 2018

7 KELEBIHAN DAN APA YANG SAYA CAPAI DENGAN MARY KAY. WAJIB BACA!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Jam menunjukkan pukul 1.44pagi. Tak mengantuk lagi ke? Ape kejadahnya tulis blog pagi-pagi buta? Haha maafkanlah saiyaaaa tapi sebab ini je masa yang ada untuk menaip hihi. Andy dah tido tu. Siang tangan menyotong dengan customers dan Andy Hareez the love of my life, hence now is the best time to pokpek.

Bulan Feb 2018 ni dah genap 2 TAHUN 4 BULAN lily bersama Mary Kay. Lama tak? TAK LAMA. Rasa macam baru lagi join hihi. Bila renung semula, lily rasa indahnya susunan Allah untuk lily. Terasa kecik diri ni kalau nak dibandingkan nikmat yang Dia bagi. Jadi dalam artikel kali ni, lily nak share, apa yang telah lily capai dan dapat dengan Mary Kay. Lily taknak cerita pasal achievement di Mary Kay sebab nanti ada yang tak faham since tak semua berada di dunia Mary Kay kan! Cerita ni adalah sebagai motivasi kepada semua, bukan untuk menunjuk jauh lagi untuk berbangga. Dan lily tulis kat sini supaya one day, lily boleh look back and senyum, bagaimana Mary Kay merubah hidup lily sejak awal.

One thing yang semua orang perlu tahu, lily join Mary Kay sebagai part time, maksudnya ada kerja hakiki sebagai HR Officer, kerja di private company di Johor. Tahun ketiga kerja, lily cari sesuatu untuk ISI MASA LAPANG sebab lily suka busy. To feel contented, productive. Ada ke orang suka busy? Ada. Lily lah hahaha. Join Mary Kay sebab nak buat the maximum volume of work sementara masih muda, masih gagah, masih kurus, masih mampu, masih cantik (eh?)  dan of course selagi mak ayah masih ada! Kenapa nak buat part time sangat ni? OK lily listlah sebab kalau huraikan habislah korang stress baca panjang berjurai macam rambut Rapunzel:

1. Nak ada savings as much as I can. Masa tu tak tetapkan berapa sbb tak tahu how much I can earn from Mary Kay business. Still vague but I still did it anyway.
2. Untuk parents. Nak bagi duit bila-bila masa taknak rasa berkira. Nak berkorban selagi hayat dikandung badan.
3. OK ini je sebab masa ni, tak letak harapan yg tinggi. Dapat additional income RM2,000 pun rasa macam ok lah! (tak sangka pulak ending dia berganda-gandi jadinya dari target)

Gaji tak cukup ke? Gaji selesa TAPI NAK SAVINGS YANG BANYAK for emergencies etc.


APA YANG LILY CAPAI DAN BUAT DENGAN INCOME MARY KAY?

1. Wang Simpanan
Gaji kerja kami (dgn husband) mampu savings RM1,000 sebulan. Masa ni belum ada anak. Lily dan husband manage gaji dengan cara tertentu but paling banyak, lily dapat saving RM1,000 sebulan. Dah tolak dua ketul rumah, 2 tangkai kereta, 2 utas PTPTN, 1 personal loan, utilities, household expenses, fuel. Adoi lenguh taip komitmen banyak ni (no shopping). Banyak tak? Masa tu lily rasa so so, tak terlalu banyak. Tapi, bila fikir jangka masa panjang, RM1,000 x 12 bulan = RM12,000 je setahun? Then ada anak nanti, tak mungkin boleh consistent saving banyak tu, mesti akan cut few hundreds kan? So maybe RM600 tops. Tapi Allah Maha Kaya, lily join Mary Kay 2 tahun, lily dah ada saving RMxxx ribu. 1 tahun 7 bulan secara part time, 5 bulan full time.


2. Kos Bersalin + Baby's expenses
OK ketahuilah lily sejenis yang tak berupaya menahan sakit. Macam mana tahu tak tahan bukan ke belum rasa? OK sebab dah buat research dan tanya orang sana sini bagai nak gila. Lepas tu suram tak tentu pasal sebab takut. Asyik asyik tanya experience orang dan google sepanjang masa 'Pengalaman Bersalin Anak Sulung' hahaha so dari situ lily buat kesimpulan, there is no way I can do it! Sakit bersalin mmg sesuatu yang nightmare untuk dibayangkan.


Masa aktif Mary Kay, lily sarat pregnant. Dan lily dah bincang awal dengan husband lily nak bersalin di Columbia. Bukan sebab high maintenance, tapi sebab lily tahu akan sakit jadi sekurangnya surrounding yang selesa buat lily rasa tenang sikit. Sepanjang tempoh pregnant tu, duit dah siap2 sediakan RM12,000 (hasil Mary Kay) considering ada complication yg incur high cost. Sebelum tu dah buat survey dan ramai yang recommend Doctor Rajesh, antara the best gynae kat Columbia jadi lily proceed. Alhamdulillah kos bersalin RM8,500 je sebab lily emergency ceaserian tapi takde complication berat sampai used up semua hehe. Balance tu lily guna utk beli expenses Andy. Expenses Andy sehingga ke saat ini semuanya jasa Mary Kay. Lily cakap pada husband,

'Sayang take care of the rest tau. Expenses Andy, savings kita, and few others biar I yang tanggung. I nak high maintenance untuk Andy sebab I dah puas rasa susah sejak lahir sampai zaman I kerja jadi I taknak Andy rasa apa yang I dah rasa. I taknak inherit tu pada Andy'

Jadi to this date, Andy under Mommy hihi. Monthly expenses dia about RM500 sebulan, kalau check 3 bulan sekali tu maybe lebih sikit sbb injection alone dlm RM200 lebih exclude paed consultation. But it's OK, sebab lily buat Mary Kay salah satunye kerana Andy Hareez, my son yg skrg ni dah 10 bulan hihi.

3. Family
Ada tak yang selalu nak bagi duit pada parent tapi takleh bagi banyak atau ada jugak yang celup celup jap bagi jap tak bagi? Lily faham. Semua orang nak bagi for sure tapi ada kekangan sendiri. Kos sara hidup makin tinggi tapi gaji tak naik-naik betul? Yes betul. Lily tak celup, tapi nak bagi lebih tiap bulan tu jarang. Sebab dah kira siap-siap kan untuk make sure saving RM1,000 tadi. Itulah duit emergencies, itulah segalanya jadi tak boleh overspent. Tapi syukur sangat jumpa Mary Kay. Rumah lily belikan, monthly tetap bagi, raya boleh spend so much dan kalau ada emergencies pada adik-adik pun, lily tak rasa beban. I will always be there for them.

4. Emas untuk Emak
Lily datangnya dari latar belakang family yang susah. Susah yang macam mana tu taknak cerita sebab nanti sampai tahun 2020 pun tak habis nanti korang menyampah kat I, so jangan menyampah janji? Tapi disebabkan financial restriction, emas mak yang seketul tu asyik keluar masuk kedai pajak gadai. Banyak masa kat kedai pajak berbanding pakai. Tangan dan leher sepanjang masa kosong je. Kat kedai bertahun, tebus dapat pakai sebulan pastu gadai balik. Sedih kan? Masa tu tak rasa sedih sangat sebab tak berapa faham lagi, tapi sekarang bila fikir pengorbanan Mak, memang air mata tu mudah je tumpah. Haa ni taip ni nangis kang kang. Jadi buat Mary Kay ni, inilah masanya nak tebus pengorbanan tu! Alhamdulillah dah 2 ketul untuk Mak. Happynya dia tak terkata, asyik jumpa orang je cerita pasal lily bagi kat dia. Allahuakbar. Terima kasih Mak, just tolong doakan segala urusan lily dipermudahkan atas restu seorang ibu.



5. Kereta Idaman
Nak kata idaman tu takdelah idaman sangat tapi at our age, mmg nak satu kereta lain. Husband lily dah pakai Satria Neo since zaman belajar so kereta tu dah kira lama jugak lah. Kereta berdating berjalan bagai yg menjadi saksi merpati dua sejoli ops haha! Masuk tahun kedua kerja, lily beli Vios so Neo yg lanjut usianya dah jadi second car. Tak boleh gerak long distance sebab fuel consumption tinggi. Jadi fikir punya fikir, apa kata mari kita jual Neo ni dan beli kereta lain? So disebabkan lily calculative dan nak fikir secara waras supaya tak menambah beban yang menggunung, kami berdua berbincang pokpek pokpek dan akhirnya lily kata,

'Biar I bayarkan down payment, hadiah sebab syg selalu support bisnes Mary Kay kita'.


Happy suami lily, maka terpacaklah Mitsubishi Lancer seperti yang diidamkan hehe. Suami orang terdekat, jadi happy kan dia. In shaa Allah kita akan dapat support yang luar biasa :) 

6. House Furniture
Kalau dah beli rumah, citernya kena ada perabot betul tak? Pastu renovation kan? Pastu zaman sekarang, kos tak payah verangan murah-murah. Semuanya amboi amboi! Tapi kenalah jugak atas faktor keselamatan dan keselesaan. Sebagai contoh, lily buat autogate dan awning kat situ dah RM7K. Lepas tu perabot biasa bukan yang gempak dan kitchen pun costs around RM28K. Alhamdulillah syukur sekali lagi pada Allah, sebab Mary Kay lily mampu bantu husband untuk cukupkan keperluan rumah utk selesa bersama.



7. Soft skills
So selain perubahan dari sudut material, lily dapat jugak enhancement dari segi soft skills. Kalau dulu tak berapa suka bergaul dengan orang sebab suka buat hal sendiri, tapi Mary Kay mengajar lily untuk berubah. Kalau masa bekerja dulu lily tak begitu diberi peluang untuk buktikan skil memimpin, Alhamdulillah dengan Mary Kay, lily dapat yang lily nak. Leadership skill makin kuat, sebab sekarang pun lily dah ada lebih 100 orang consultant yang perlukan lily perlu jadi kuat untuk dorang jadi in shaa Allah akan dijaga sebaiknya dan sama-sama bahagiakan orang tersayang. 

*****************************************************************************************

Kesimpulannya, lily secara personal memang encourage semua orang tak kisahlah sedang bekerja atau housewife atau student untuk ada side income. Untuk selesa, tak boleh satu kerja. Ya, memang boleh survive dengan gaji yang ada, tapi tanyalah diri sendiri - taknak ke buat sedikit lebih untuk orang yang kita sayang? Jom. Untuk pengetahuan, lily dah pun meninggalkan kerja hakiki selama 8 bulan untuk kerjaya full time di Mary Kay sebagai Sales Director. Resign kerja adalah satu keputusan yang amat besar bagi lily dan turning point yang cukup beri impak pada diri lily secara keseluruhan.

Tapi kejayaan yang datang perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa dan tenaga yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Masa bekerja dulu, kerja lily sangat busy. Jaga 1000 orang professionals di sektor swasta tak mudah, tahulah kan melayan karenah manusia yang ada emosi dan perception berbeza, tapi lily tetap cari part time demi perubahan hidup in the next five years. Lily taknak berada di tempat dan situasi yang sama lima tahun dari sekarang. Takut untuk berubah tapi sampai bila betul tak? Lily pun seorang yang tak suka perubahan, suka berada dalam comfort zone tapi percayalah once kita cuba, kita akan ketagih dan rasa wow gitcuuuu tak sangka aku boleh buat!

As for me, Mary Kay is the best platform untuk long term business sebab ada career path. Yang ubah kita dari sudut financial dan spiritual, ubah diri sikit demi sikit ke arah yg lebih baik, dunia dan akhirat. Kalau sekarang korang tercari-cari side business mahupun full time career, you may consider Mary Kay atas beberapa sebab:

1. Mary Kay adalah sebuah company yang sangat established, 50 tahun di dunia dan well known di lebih 40 buah negara serata dunia.
2. Productnya kita sendiri suka. Skincare dan cosmetics yang sinonim dengan perempuan.
3. Mary Kay antara company yang ada education system terbaik!
4. Whatsapp lily kalau nak tahu lebih lanjut. Kita chitchat jom!

Last but not least, terima kasih sebab sudi baca pengalaman lily yang tak seberapa ni. Ingatlah, semua orang start dari zero tak tahu apa-apa, begitu jugak dengan lily. Tapi keep think positive and ACTION! Lily alu-alukan jugak kalau ada yang nak lily ajarkan selok belok bisnes Mary Kay. In shaa Allah kita sama-sama berjaya :)



Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.