Wednesday, 21 November 2018

Nak Makeup Flawless? Guna 4 Produk Ni Je. Trust Me!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Wau! Wau ke wow? Halah halah itupun nak tanya ke. Boringlahhhh.

Hai chuolssss buat ape tu? Tengah pakai skincare eh? Sekarang ni I perhatikan, dah ramai dah wanita kat Malaysia mula rajin menitikberatkan skincare bagi mendapatkan kulit sihat. Kalau dulu asyik asyik nak putih, asyik asyik nak putih. Jualan clorox tak jugak meningkat, yang meningkat cuma jumlah pesakit buah pinggang rosak hihihihi. Ops!

Nampaknya kekakak sekalian got my whole point bahawasanya - makeup yang cantik datangnya dari skin yang cantik. Syukur alhamdulillah sis tak perlu lagi membebel sampai macam gambar bawah ni:

Screenshot dari header Live Facebook. Gamak sungguhlah Mark Zuckerberg ni.

Anyway harini I nak share dengan chuols tips nak dapatkan makeup yang effortlessly flawless. Effortlessly maksud I disini adalah - tak rumit, cepat dan tangkas. Pernah dengar tak makeup tangkas sebelum ni? Mesti tak pernah kan sooooo okay meh nak ajar sampai pandai! Macam biasa, untuk makeup I selalu tekankan -

JANGAN TEBAL, JANGAN TEBAL, JANGAN TEBAL. 

Sebab pada I, makeup meant to enhance your beauty, not change your look. You already pretty in your own version, so cuma fokus pada enhancement ok! Halahhhh cakap hinglish pulak.

I nak kenalkan 4 item yang pada I, masyaAllah you tak perlu pun nak tepek sekilo tapi you akan tetap kelihatan gorgeous macam I tau. Dengan produk yang bagus, tangan keras kejung dan tak berseni dan tak pandai mekeup dan tak suka makeup pun boleh cuantik dan tiba tiba rajin makeup. Wah banyaknya DAN!

Inilah mereka. Produk yang I gembar gemburkan tadi.


I cerita satu persatu secara detail okay. Sebab I imagine yang baca posting ni yang tak pandai makeup jari keras kelentung macam I tapi tapi nak cuantik. Sebab dulu pun sebelum kenal Mary Kay, I tak berbedak. Cuma pakai sunblock pastu done siap! Sebab kengkonon natural beauty. Padahal muka muka putih tangan hitam. Hihihi. Jom mula!


PRODUK 1
Mary Kay CC Cream


CC Cream ni fungsinya macam Foundation, bezanya dia lebih nipis, lebih ringan dan ada perlindungan matahari SPF15. Bila pakai CC Cream ni, I memang SUKA GILA sebab dapat effect glowing sekali. Satu tube ni nampak kecik tapi kecik cili padi ok. Awal awal dulu kawan I kata satu tube boleh tahan 6 bulan - dalam hati I eleh mana logik kecik macam ni boleh tahan 6 bulan pulak? I tell you what. I WAS WRONG. Lepas I try sendiri then baru I tahu, I tak perlu pakai banyak pun, dah cukup untuk cover whole face! Takde rasa pekat, takde rasa tebal, takde rasa berat. You boleh terlupa yang you pakai foundation on your face sebab NO CRACK! If ada yang minta recommendation, I honestly memang akan recommend CC Cream ni sebab I nak dorang rasa apa I rasa. Five star product!


PRODUK 2
Mary Kay Perfecting Concealer


You tak pernah pakai Concealer? You tak pernah dengar apa tu Concealer? You tak reti Concealer untuk apa? You rasa Concealer tak penting? YOU ARE NOT ALONE. I pun tak tahu juga sebelum ni. Dan I refuse untuk ambil tahu sebab I rasa, I have nothing to conceal. Wow bongkak benar ya! Janganlah, I nak masuk syurga tau. Conceal, maksudnya "sembunyi' atau "tutup". Maknanya, Concealer ni fungsinya untuk you cover cela wajah yang you nak cover. Parut ke, dark circle ke, garis halus ke. Semua boleh sorok. Haaa power kan!

Salah satu fungsi Concealer lagi adalah untuk highlight bahagian muka yang tertentu, contohnya batang hidung, tulang pipi, dahi dan dagu. Yang I perasan, sejak I pakai Concealer ni, makeup I jadi lain. Makeup I nampak lebih segar berbanding kalau I cuma pakai Foundation/CC Cream. Concealer boleh dipakai sebelum atau selepas Foundation, tapi untuk I sendiri, I pakai selepas CC Cream so boleh nampak effect highlight dan lebih menyerlah. Rupa I lepas pakai Concealer nampak lebih cantik. Produk yang I rasa, kalau tak cuba, sampai sekarang tak tahu apa kelebihan dia.

Pilih satu shade yang paling sepadan dengan tona kulit atau satu shade lebih cerah daripada tona kulit chuols untuk menyerlahkan kawasan tertentu yang chuols nak. Cara pakai senang je, Cuma dap dap dengan jari manis (or brush) dekat mana2 face area yang you nak. Macam tu aje!

PRODUK 3
Mary Kay Mineral Powder Foundation (MPF)


Salah satu best seller Mary Kay. Selepas CC Cream dan Concealer, item seterusnya untuk dapat makeup yang flawless, ialah MPF. Dengan kata lain, Powder + Foundation dalam bentuk serbuk. Wow! Item penting ni untuk set dua item yang mula mula tadi. MPF sangat penting. Debu yang halus dan ringan macam MPF ni mampu tutup garis halus, kedutan, dan cela pada wajah chuuols. Muka akan berseri all day! Ekceli kan, cuma nak share I ni dah bertahun tak pakai powder, rasanya lebih 6 tahun kot. Dan sejak pakai MPF ni memang rasa best sangat. Powder memang takde dalam handbag maksudnya I dah tak touch up muka even keluar for hours, makeup maintain je sampai petang. Kalau I berpeluh lagi best, makeup nampak lebih blending dan glowing! Best gila kan. MPF perlu dipakai dengan powder brush ya!


PRODUK 4
Mary Kay Translucent Powder


Okay last but not least, lepas apply MPF, continue dengan apply Translucent Powder pulak. Wuhuu ni memang best dan disukai ramai. Kenapa? Sebab lepas 30 mins application, you akan dapat GLOWING LOOK! Dambaan semua orang kan! Sekarang kan memang trend kulit dewy kan so you cannot miss Translucent Powder. Translucent Powder takde banyak shade macam MPF, dia cuma ada satu. "Eh jadi kalau i hitam manis boleh ke pakai ni kang jadi tepung gomak". "Eh kenapa powder ni pelik sangat putihnya macam kapan eh kapas?". Not to worry ladies sebab Translucent Powder sesuai untuk semua tona kulit tak kisahlah putih melepak ke, kuning langsat ke, kelabu itik ke, hitam manis ke, SEMUA BOLEH!

Rasa ringan, lembut, rasa neutral. Good news untuk orang kulit combination atau oily, Translucent Powder jugak dapat bantu kawal kilauan minyak pada kulit. Ciri-ciri dalam Translucent Loose Powder memang direka untuk memantul cahaya dan create effect fokus lembut yang kurankan penampakan garis halus. Jangan main-main tau walaupun harganya sangat murah tapi dia multifunction sangat bukan semata-mata bedak! Oh ya, cara pakainya sama macam MPF, dan stepnya tentu selepas MPF. Perfect combination!
............................................................................................................................

Amacam best tak? Inilah step yang I ulang setiap kali keluar rumah. Tak kisahlah samada pergi wedding ke, pergi event ke, class makeup ke, 4 step ni lah yang menemani I dibawah cahaya rembulan, satu perkara yang I rasa semua orang perlu titikberatkan ialah, gunakan produk yang bersifat non-comedogenic, bermaksud tak menyumbatkan pori. Penting sangat sangat ni sebab kita nak makeup tapi sistem pernafasan kulit kita tak terbantut dan tetap berjalan lancar. That makes your skin healthy! Alhamdulillah suka untuk I share dengan semua bahawa, semua produk yang I share harini bersifat non-comedogenic! Cantik penting, tapi kesihatan dan keadaan kulit penting jugak kan!

So ingat taw. Follow je 4 step ni kalau nak dapat hasil makeup yang boom dan flawless. Yang tak pandai makeup pun bolehhhhhh follow. Buat hari-hari sebab 4 produk ni cuma ambil your 5 minit makeup. Serious!

Makeup guna 4 produk ni on my sister!

Jom whatsapp I if tak tahu nak pilih share paling sesuai. I akan recommend yang terbaik untuk chuols, selari dengan bajet-bajet masing. Dont worry, nak cantik secara natural, boleh follow I. Use my 3 years experience in Mary Kay to help you! 😊



Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Sunday, 18 November 2018

Kelebihan Timewise Miracle 3D Yang Semua Orang Teruja!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Vahvahvah syabas beta! Akhirnya I timbul lagi hihi. Ekceli kan, RAMAI sangat yang menanti entry kali ni, tentang Timewise Miracle 3D yang baru saja release to the market pada Oktober 2018. That means baru 2 months lah tu.. Tapi sambutannya sangat sangat luar biasa, masya Allah. I perasan trend Mary Kay memang gitu tau. Setiap produk yang dikeluarkan sangat dinanti oleh semua orang, bukan saja seluruh Beauty Consultant. Lebih lebih lagi, Timewise Miracle adalah satu BEST SELLER skincare. Apa tak nya? Entry I tentang Timewise Miracle here menerima visit sebanyak lebih 30,000 kali. Cuba chuols bayangkan!

Dan customer I sendiri mostly pengguna setia Timewise Miracle. Paling penting, I sendiri - pengguna tegar Timewise selama 3 tahun, sejak join Mary Kay mmg inilah dia. So you rasa I tak terkujat dengan berita Timewise Miracle yang selama ini I sayang dan ditatang-tatang sebab berjaya ubah kulit I yang dayang senandung jadi penyanyi Korea akan dihentikan pengeluarannya dan diganti dengan lain ni? I am shocked. Like REALLY SHOCKED! Sikit lagi nak nangis sambil memikir apa akan jadi dengan kulit akuuuuuu ni. Haa gitu sekali merintih uols.

But being a truly Beauty Consultant in the heart, I always believe Mary Kay to the fullest. Haaa to the fullest ko ade. That Mary Kay takkan menukar produk tanpa sebarang sebab. Hikmahnya hanya SATU - UPGRADE. Dan selepas I study macam nak final exam, I finally understand. Dan tak sabar menunggu Timewise 3D to be released!

Syukur I dapat cuba sebulan sebelum product released to Malaysian and you know what? I tak sabar sangat nak bagi my beloved customers untuk bertukar ke Timewise Miracle 3D dengan cepat because it is TOO AWESOME. I dapat rasa kulit I lebih cerah, lebih sihat, lebih glowing, dan tak keterlaluan, lebih muda. Bangun pagi I akan pergi tengok cermin dulu. I feel refreshed. I rasa setiap hari tak sabar menanti perubahan kulit yg seterusnya! Dan I honestly tak sabar nak my existing customers untuk cuba sendiri apa yang I rasa, apatah lagi new customer yang tercari-cari right skincare untuk improve kulit dorang!

TIMEWISE MIRACLE BAGUS
TETAPI TIMEWISE MIRACLE 3D LEBIH BAGUS!




Okay I akan kupas dengan lebih lanjut ya, amende ni 3D bagai ni. Tak fahamlah! OK sila bawak mengucap. Kasi jari jemari I menaip dengan pantas dan susun kata dengan kemas. Taip padam taip padam je nih chuols dok push I tau. I want to give my best lah ni alahhhh chuols ni. Tetibe bebel macam pondan.

Anyway biar I share dulu ape tu 3D?

First D
Defends - melindungi kulit dari radikal bebas melalui kebaikan antioksidan
Second D
Delays - melambatkan tanda penuaan dengan protection dari UVA/UVB
Third D
Delivers - menyampaikan kesan yg boleh dilihat dlm tempoh 4 minggu sahaja

OK dapat? Itu dia maksud 3D. Bukan dengki, dendam, durhaka. Ape ni uols, tu sifat sifat mazmumah. So mesti chuols still tertanya-tanya kenapa pulak nak kena 3D. Pastu ape radikal bebas? Apa signifikan sampai nak tukar whole set ni?

OK now fokus. Nak masuk point lebih berat sebab of course ada scientific theory. Sebelum tu, I nak sentuh sikit tentang Aging. Aging ni ada dua faktor utama yang menyebabkan kulit kita mengalami aging (penuaan) iaitu Intrinsic (internal) dan Extrinsic (external)

Intrinsic - sesuatu yang tak boleh ubah, tak boleh kawal. Contohnya macam faktor genetik, hormon, penuaan secara natural.

Extrinsic - sesuatu yang kita boleh kawal. Contohnya faktor cuaca (sangat sejuk/panas), lifestyle (smoking, alcohol, stress), dan environment (pencemaran) yang menyumbang kepada penuaan kulit.

SATU RESEARCH TELAH DIJALANLAN OLEH SATU KUMPULAN PROFESSIONAL TENTANG INI DAN RESULTNYA SEPERTI DIBAWAH:

"Hanya 20% tanda penuaan datangnya dari proses penuaan yang berlaku secara natural dan 80% selebihnya adalah dari faktor penuaan luaran yang kita dapat kawal seperti uv rays, lifestyle dan pollution"

Sekarang kita nak fahamkan pula apa tu free radical @ radikal bebas. Kita selalu dengar orang sebut kan lepas tu kita pun ikut tapi sebenarnya kita tak faham pun apo bondo eh jang bebas bebas ni. Baguslah bebas tu, benda baik kan?


UNDERSTANDING FREE RADICALS AND ANTIOXIDANTS


Nak bagi ayat simple dulu. Free radical ni adalah perkara atau sesuatu yang mempercepatkan lagi chuols nampak tua. Antioxidant pulak sesuatu yang baik, membuatkan kita jadi muda!

Dari mana datangnya free radical ni dan bagaimana dia terbentuk? Environment. Contohnya operation radiation macam hospital scanner, xray, luggage scanner. Apa lagi? smoking, alcohol, kurang tidur, stress, pencemaran udara, uv light. Semua ni menyebabkan chemical reaction tanpa kita sedar dan beri kesan pada kulit hingga boleh menyebabkan kerosakan pada DNA.


Macam mana free radical attack skin?

Dalam badan kita ada molekul paling kecil, kita panggil Atom. Setiap atom yg sihat akan ada pairing electron, maknanya dia berpasangan. Means untuk kekal sihat, atom mesti ada kawan dia. Kan berdua lebih baik. Tapi datang si free radical (atom juga tapi ada satu elektron sahaja) ni sebagai orang ketiga, merampas salah satu electron dari healthy atom tadi. Jadi situasi ni akan menjadi satu chain reaction, maksudnya jadi cycle. Atom yg kehilangan electron tadi akan rampas pula electron dari healthy atom yang lain dan dia pula yang jadi free radical. Cycle ini berulang-ulang hinggalah sel kulit kita rosak. Scary tak? Kita tak perasan pun kan benda benda ni berlaku sedar-sedar orang teka umur kita 30 walhal baru 25!

Kenapa badan memerlukan antioxidants?


Sebelum free radical pergi rampas electron atom lain, antioxidant bertindak sebagai Penderma. Antioxidant akan beri electron pada free radical tadi dan akhirnya free radical bertukar jadi healthy atom. Dengan kata lain, antioxidant telah menghentikan rampasan/kecurian dengan cara menderma. Jadi penting tak Antioxidant ni? SANGAT.


Sekarang, I nak jelaskan apa kaitan cerita dekat atas ni dengan Timewise 3D. Sebelum tu I nak share sikit video pendek Timewise Miracle 3D. Chuols wajib tengok taw sebab impressive sangat!



POWERFUL INGREDIENTS DALAM TIMEWISE MIRACLE 3D

1. Encapsulated Resveratrol
Beri antioxcidants melalui 3 cara. Pertama, hentikan negative effect dari free radicals pada kulit. Kedua, beri protection pada kulit secara natural misalnya tingkatkan immune system kulit supaya kuat. Ketiga, bantu kulit bekerja secara harmoni/lebih mudah dengan natural antioxidant dalam badan untuk support dan mengekang masalah kulit.

2. Vitamin B3
Sangat famous, multifunction ingredient yang bukan saja bagi benefit dari sudut masalah penuaan, tapi jugak beri kelebihan untuk dapatkan kulit yang cerah berseri. Boleh kurangkan kedut, garis halus, sekatakan tona kulit dan bantu masalah pigmentasi.

3. Age-defying Peptides
Terdiri dari 4 amino acid yang sangat diperlukan kulit dan digabung untuk dapatkan kulit yang nampak muda. Peptides ni jugak support kolagen semulajadi kulit supaya kulit lebih elastin dan percepatkan kulit nampak lebih muda!

YA AMPUN, BEST GILAAAAA!

Susah nak move on tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah para saintis Mary Kay sentiasa cari new findings yang membolehkan kulit kita sentiasa bersedia dengan perkara yang boleh merosakkan kulit chuols. Setiap produk yang dikeluarkan ambil masa minimum 5 tahun, jadi I memang 200% yakin dengan kualiti, keberkesanan dan kemampuan skincare Mary Kay untuk jadikan I lebih cantik dan muda walaupun dah masuk 30 series!


TESTIMONI DARI MARY KAY (BASED ON RESEARCH FINDINGS)



Amacam? Best sangat kan bila dah faham? I tahu ramai yang cuma nak muka licin takde jerawat pastu nak terus muka glowing. Tapi ramai yang tak tahu, kulit glowing semulajadi takkan dicapai kalau kulit chuols tak sihat dulu. Dan kalau nak kulit sihat dan cantik, kena faham dan tahu apa yang kulit perlukan. Timewise Miracle bukan saja bagi kita kulit yang muda, tapi jauhhhhh lebih dari tu.



2 months dengan Timewise 3D.

Jom whatsapp I if tak tahu Timewise 3D adalah jawapan pada masalah skin chuols. I akan recommend skincare terbaik untuk chuols, selari dengan bajet-bajet masing. Dont worry, I peramah dan tak makan orang, I makan nasi je lagi lagi nasi kerabu sedap ui. Use my 3 years experience in Mary Kay to help you!


Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Tuesday, 16 October 2018

JUNE 2018, WE ARE OFFICIALLY A PINK CAR UNIT!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Walaaaa kami kini bergelar Pink Car Unit pon pon pon! :)

Vios VS Camry. Keduanya beri impak besar pada diri seorang Lily Suraya

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah dan doa ibu yang tak putus-putus, akhirnya harini saya secara rasminya collect Camry Pink dari Toyota Camry. Pertama sekali of course tahniah kpd unit sy yang tersayang, Royal Lilies Swan. Tanpa anda, tentu kejayaan ini takkan dapat kita rasa. We are now a Pink Car Unit!

My unit members yang bersama-sama sy ketika cabaran Pink Car. Love you.

Allahuakbar, terasa berbaloi segala usaha dan pengorbanan. Bukan pengorbanan sy, tapi pengorbanan suami dan Andy Hareez yg berkorban masa dan sedikit kasih syg yg terpaksa Mommy bahagikan demi career. Ramai yg tanya knp pilih PKQ? Ekceli ini adalah plate number kereta Vios sy yg lama, sebagai peringatan diri sendiri asal usul sy dari seorang wanita yg sgt biasa. Supaya sy kekal rendah diri kerana Vios itulah "aset" pertama sy mampu beli utk diri sendiri dgn segala kudrat yg ada.

Replika

The Most Important Individuals to this Success
Sy join Mary Kay bukan utk kereta, dan Pink Car tak pernah ada dlm goal sy. Kalau nak tahu, sy tak pernah selfie atau bergambar dgn mana-mana Pink Car sehinggalah seminggu yg lalu, 3 bulan lepas achieve challenge. Sy join Mary Kay cuma nak income utk ubah kehidupan sy. Tapi inilah dia, hadiah utk unit sy. Sy ke class New Sales Director yg dipanggil NDE dan kata mentor,

"Kalau you masih belum achieve Pink Car, bermakna you belum cukup memperkaya hidup wanita lain."

Tercabarnya saya waktu tu. Fikiran sy ketika itu terarah pada unit members sy kerana sy sedar, mereka tanggungjawab sy. Di class itu juga sy berazam, MESTI DAPATKAN PINK CAR and THAT CLASS makes today's achievement, Jadi betul ke free? Ya. Ramai yang ingat kereta company tapi sebetulnya ia diatas nama kami, dibayar sepenuhnya oleh Mary Kay Malaysia.

My Red Jacket - Seminar 2018

My Black Jacket - Seminar 2018



Gambar kami atas stage dihadapan 4,000 Beauty Consultant - Seminar 2018

Kami bestfriend. Dgn kereta free masing-masing hihi
Doakanlah sy, terutama unit members sy supaya kami berjaya bantu wanita lain untuk menggenggam impian mereka kerana Mary Kay is all about Enriching Woman's Lives.

Boleh whatsapp saya kalau nak ubah hidup sepertimana hidup sy berubah. Sy ajar guna pengalaman yg sy dah lalui. Tapi selebihnya tentunya datang dari diri sendiri. Kalau wanita biasa macam sy boleh buat, anda tentu boleh. Satu syarat sahaja, rajin. Kalau ada kerajinan, meh sini whatsapp :)





Salam Sayang,
Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director, Founder of Royal Lilies Swan
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant
Personal FB: Lily Suraya


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Target Dalam 5 Tahun Housewife Bergaji, 18 Bulan Dah Tercapai dengan Mary Kay!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Sebenarnya ramai yang minta iStory (cerita kisah kejayaan) bertulis sy tapi tak ada, sy tak sempat nak tulis. Yang tahu mungkin yg pernah dtg training atau class sy. Jadi kat sini sy nak cerita serba ringkas perjalanan sy bersama Mary Kay, perubahan besar pada hidup yg tidak pernah sy sangka atau bayangkan.


OCTOBER 2015
Masa ni sy jual product local, dan mmg nak bertukar bisnes yg ada long term career. Kawan sy approach ajak join Mary Kay. Mary Kay dulu dan skrg tak sama. Dulu byk offline, jadi ramai yg tak tahu termasuklah sy. Jadi sy tanya dia, Mary what? Sbb tak pernah dgr. Sy kata tgklah mcm mana sbb sy rasa susah, mula negative. Tapi sy tengiang dan terfikir fikir. Kalau sy tak cuba, zero chances utk ubah hidup sy.

NOVEMBER 2015
Sy join Mary Kay. Sy sangka susah nak dapat income tapi sy ni jenis redah. Dan kalau buat, sy mmg usaha maximum. Terkejut sy, income sales bulan pertama melebihi RM1200. Buat duit tepi pun baru bulan pertama dah macam tu? OMG keterujaan bertambah, kerajinan doubled up.

NOVEMBER 2016
Sy mula kongsi peluang kerjaya Mary Kay dgn wanita lain. Sy ajak org terdekat yg rasa sy memerlukan income. Share segala ilmu yg sy ada. Salah seorangnya kawan baik sy sendiri sejak universiti. Dlm tempoh 2 bulan sy bergelar Future Sales Director. Masa ni sy pregnant 5 bulan.

FEBRUARY 2017
December 2016 sy dah mula meletakkan target utk jadi Sales Director sbb baru faham career path di Mary Kay. Lambat? Ya baru tahu tapi sebaik saja tahu, tindakan sy lagi cepat dari langkah sy sendiri. Sy nak convo sebab walaupun sy ada First Class Degree, sy tak dapat hadir ke konvo atas kekangan kewangan sbb masih belum bekerja dan keluarga sy tak mampu nak travel. Jadi dgn itu, sy mulakan cabaran Red Jacket dan berjaya complete 1 bulan (tempoh cabaran adalah selama 4 bulan). Dapat jadi Top Graduate utk wilayah Selatan dan dijemput jadi speaker beri inspirasi pada graduate lain. Percaya tak? Dari org yg tak mampu nak convo tapi akhirnya berdiri dihadapan ramai berjenaka, eh berkongsi. Sy pregnant 8 bulan masa buat cabaran RJU ini. Masa pergi class perut besar semua classmates risaukan sy, boleh ke tu kang terberanak ðŸ˜‚

MARCH 2017
Oleh kerana sy move up terlalu cepat, sy belum sempat ke class wajib utk menjadi Director dipanggil Pre DIQ jadi bulan yg sama hantar borang, bulan yg sama juga sy berkejar ke class di KL (dari Johor) dlm keadaan menunggu masa nak bersalin. Lulus utk memulakan challenge pada April. 27 March sy lahirkan Andy Hareez, anak sulung sy secara emergency czer.

APRIL 2017
1 April cabaran bermula.
27 April sy complete challenge yg sepatutnya bertempoh 4 bulan ini.
Cabaran bermula masa pantang, habis challenge pun masih pantang. Viral lah sekejap masa tu. Allah pinjamkan sy semangat yg dtg entah dari mana.

MAY 2017
Selamat bergelar Sales Director dan tertubuhnya sebuah unit baru, yg dinamakan Royal Lilies Swan bertunjangkan 30 org Beauty Consultant dibawah pimpinan sy.

JUNE 2017
Tanggungjawab semakin besar dan sy ada bayi kecil yg perlukan perhatian. Sebenarnya sudah lama sy menunggu masa utk berhenti kerja tapi sy tangguhkan atas banyak sebab. Akhirnya June 2017 adalah bulan terakhir sy bekerja di sektor swasta, di Senai. Keputusan paling berat sy pernah buat sepanjang hidup sy.

JUNE 2018
Hasil usaha bersama unit sy, akhirnya kami bergelar Pink Car Unit di Malaysia dan ia adalah hadiah percuma dari Mary Kay. Syukur Alhamdulillah usaha siang malam dan segala pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. Kalau jumpa Pink Camry plat PKQ, hon ye. Itu saya.

AUGUST 2018
Unit Royal Lilies Swan berjaya melahirkan Sales Director pertama iaitu SD Siti Norzihan yg memecah rekod penantian sy selama satu tahun. Tertubuhnya Royal Zee Swan yg disayangi.

SEPTEMBER 2018
Unit Royal Swan berjaya melahirkan Sales Director kedua iaitu SD Shalina dgn unit barunya, Royal Shally Swan. Kami sengaja mengekalkan pangkal nama Royal supaya hati kami kekal terikat dan syg antara satu sama lain. Our clan.

Kejayaan demi kejayaan memasuki kamus hidup sy. Antaranya 5 bentuk cincin berlian, percutian ke Singapore, China, terbaru Korea. Trip mewah percuma yg menelan belanja hampir RM6,000 setiap satu. Inshaa Allah seterusnya adalah Bangkok dan Italy. Doakan saya dapat bawa ramai consultant sy.

Terkini seramai 170 consultant dibawah unit pimpinan dan tanggunjawab sy. Semua ini tidak akan berlaku jika sy tidak menggerakkan hati sy untuk CUBA. There is no success if there is no first step taken. Gaji sy sudah hampir mencapai 5 kali ganda dari kerja hakiki terdahulu sy tertapi sy dapat masa 24 jam dengan anak sy. Every mothers' dream.

Ramai yang bertanya macam mana sy lalui proses berpantang sendiri dgn semangat yg begitu. Jawapannya, sy fokus pada impian, bukan fokus pada kekangan. Kalau kita boleh bertarung nyawa melahirkan anak takkan cabaran bisnes yg sikit kita nak lembik? Sy kini full time mother with five figures income. Allahuakbar, sungguh sy tak percaya. Kalau dulu sy takut berimpian, skrg sy berani dgn Mary Kay sebab secara tak langsung Mary Kay memupuk sikap percaya pada diri sendiri. Niat asal sy nak impian bekerja dari rumah dalam tempoh 5 taahun rupanya terlaksana dlm tempoh 1.5 tahun sahaja.

Siapa sangka keputusan sy pada November 2015 itu beri perubahan sebegini buat sy keluarga. Sy dapat beri apa yg saya tak dapat beri pada ibu bapa yg banyak berkorban untuk sy selama ini, Sy dapat bantu adik adik sy. Sy dapat bantu ringankan beban suami sy. Sy dapat bantu consultant sy yang juga ingin perubahan hidup. Sy dapat selami perasaan mereka kerana sy juga pernah berada ditempat itu. Tapi disebabkan IMPIAN ini untuk orang yg sy sayang, fokus tidak pernah lari, Jika anda masih berfikir hingga berbulan atau bertahun lamanya, mungkin sekarang sudah sampai masa untuk ambil langkah bertindak. Jom!

Boleh whatsapp saya kalau nak ubah hidup sepertimana hidup sy berubah. Sy ajar guna pengalaman yg sy dah lalui. Tapi selebihnya tentunya datang dari diri sendiri. Kalau wanita biasa macam sy boleh buat, anda tentu boleh. Satu syarat sahaja, rajin. Kalau ada kerajinan, meh sini whatsapp :)


Salam Sayang,
Lily Suraya | 0175961077
Mary Kay Ind. Senior Sales Director
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant
Personal FB: Lily Suraya


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Monday, 4 June 2018

Tips Kulit Cantik dari Kaca Mata Beauty Consultant


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

RAMAI ORANG TANYA APA TIPS UNTUK KULIT CANTIK?

JAWAPAN: DENGAN REJIM SKINCARE YG LENGKAP


Kulit takkan cantik dgn sekadar pakai Cleanser dan Moisturizer. Kulit adalah benda hidup. Ia memerlukan jauh lebih banyak dari itu utk 'kekal hidup'.

Jadi logik tak kulit boleh cantik dgn hanya mencuci dan melembap? Mcm mana pula dgn protection dari uva/uvb dan jugak impurities (bendasing/kotoran)? Mcm mana pula dgn sel kulit mati? Mcm mana pula penghasilan sel kulit baru bila ada sel kulit mati dah setimbun?

SEBAB ITU CLEANSER & MOISTURIZER TAK CUKUP. RAMAI ORANG PAKAI CLEANSER SHJ TAPI NAK SEMUA MASALAH KULIT HILANG. MAAF ITU TAKKAN BERLAKU.

Macam mana nak protect kulit?
Pakai day product yg boleh buat kita ready dan effective menerima night product dan ada SPF benefit. Highly recommended guna Day Solution atau Timewise Repair Day Cream. Both ada SPF35+++. Tiga plus tu bermaksud skin protected dari UV lebih dari 8 jam.

Macam mana nak remove dead cells?
Wajib pakai Scrub atau Mask dua atau tiga kali seminggu. Kulit yg kusam akan jadi segar dan cerah semula sbb sel kulit mati yg dah bertapak kat muka akan hilang. Part ni ramai yg tak skip sbnrnya sbb tak tau kenapa scrub or mask ni perlu. Lily gunakan tiga jenis Mask hehe iaitu Botanical Mask, Gel Mask dan Facial Peel. Gilir gilir pakai supaya dpt benefit yg berbeza. Pilih salah satu pun takpe.

Macam mana nak galakkan penghasilan sel kulit baru?
Pakai night product yg ada peptides dan vitamin utk bantu aktifkan collagen semulajadi kulit. Penting sgt sgt. Jangan tidur selagi tak pakai this night product dan jgn lupa, product bertindak PALING EFEKTIF pada kulit pada jam 11 malam. Lily pakai Night Solution dan Timewise Repair Night Cream. Best sgt sgt. Kulit byk sgt improve. Sebelum ni sgt kusam.

Macam mana nak kulit healthy dan glowing?
Jawapannya dengan penggunaan serum. Jap nak tanya, korang perasan tak ada sesetengah org kulit dia nampak mcm so glowing nampak very moist gitu? (Exclude yg pakai local/peeling product yg menipiskan kulit) Okay cuba tanya dia ada pakai Serum tak? Lily bet mesti ada. Sbb kita mmg boleh bezakan kulit org yg pakai Serum dan sebaliknya. Kulit akan nampak sihat lain mcm. Bila kulit sihat, tu yg buat kulit automatik glowing. Bukan yg dibuat-buat. Serum mampu tembusi lapisan kulit bawah yg tak dpt dilakukan oleh skincare yg biasa. Lily guna Malacep Serum, sgt sgt highly recommended sbb best sgt sgt. Lily try sebulan, kulit mula berubah. Berseri, cerah!

So THERE! Nak cantik bukan hanya dgn 1 atau 2 item. Tapi setiap product dlm rejim kecantikan saling bekerja utk hasilkan kulit yg kita nak. Tak rajin? Tak sempat? Skincare hanya ambil masa 3 minit masa bersiap kita 😊

Kalau ada masalah kulit, give up cari solution, nakkan advise ttg kulit, boleh contact I ya. Whatsapp je, I akan bantu seadanya 😘


Five star service!
Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Tuesday, 8 May 2018

SEMUA KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH HAK ASAL PEMILIK BLOG LILY SURAYA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Kerap kali jugak lily terjumpa kandungan blog ini dicopy oleh pihak tertentu tanpa izin untuk kepentingan individu walaupun Disclaimer ada disetiap artikel.


Untuk pengetahuan, segala artikel disini adalah karya/tulisan asal adalah dari Lily Suraya sendiri. Mohon maklumkan kepada saya sekiranya menjumpai mana-mana artikel menyerupai artikel blog ini.




Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Friday, 23 February 2018

7 KELEBIHAN DAN APA YANG SAYA CAPAI DENGAN MARY KAY. WAJIB BACA!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Jam menunjukkan pukul 1.44pagi. Tak mengantuk lagi ke? Ape kejadahnya tulis blog pagi-pagi buta? Haha maafkanlah saiyaaaa tapi sebab ini je masa yang ada untuk menaip hihi. Andy dah tido tu. Siang tangan menyotong dengan customers dan Andy Hareez the love of my life, hence now is the best time to pokpek.

Bulan Feb 2018 ni dah genap 2 TAHUN 4 BULAN lily bersama Mary Kay. Lama tak? TAK LAMA. Rasa macam baru lagi join hihi. Bila renung semula, lily rasa indahnya susunan Allah untuk lily. Terasa kecik diri ni kalau nak dibandingkan nikmat yang Dia bagi. Jadi dalam artikel kali ni, lily nak share, apa yang telah lily capai dan dapat dengan Mary Kay. Lily taknak cerita pasal achievement di Mary Kay sebab nanti ada yang tak faham since tak semua berada di dunia Mary Kay kan! Cerita ni adalah sebagai motivasi kepada semua, bukan untuk menunjuk jauh lagi untuk berbangga. Dan lily tulis kat sini supaya one day, lily boleh look back and senyum, bagaimana Mary Kay merubah hidup lily sejak awal.

One thing yang semua orang perlu tahu, lily join Mary Kay sebagai part time, maksudnya ada kerja hakiki sebagai HR Officer, kerja di private company di Johor. Tahun ketiga kerja, lily cari sesuatu untuk ISI MASA LAPANG sebab lily suka busy. To feel contented, productive. Ada ke orang suka busy? Ada. Lily lah hahaha. Join Mary Kay sebab nak buat the maximum volume of work sementara masih muda, masih gagah, masih kurus, masih mampu, masih cantik (eh?)  dan of course selagi mak ayah masih ada! Kenapa nak buat part time sangat ni? OK lily listlah sebab kalau huraikan habislah korang stress baca panjang berjurai macam rambut Rapunzel:

1. Nak ada savings as much as I can. Masa tu tak tetapkan berapa sbb tak tahu how much I can earn from Mary Kay business. Still vague but I still did it anyway.
2. Untuk parents. Nak bagi duit bila-bila masa taknak rasa berkira. Nak berkorban selagi hayat dikandung badan.
3. OK ini je sebab masa ni, tak letak harapan yg tinggi. Dapat additional income RM2,000 pun rasa macam ok lah! (tak sangka pulak ending dia berganda-gandi jadinya dari target)

Gaji tak cukup ke? Gaji selesa TAPI NAK SAVINGS YANG BANYAK for emergencies etc.


APA YANG LILY CAPAI DAN BUAT DENGAN INCOME MARY KAY?

1. Wang Simpanan
Gaji kerja kami (dgn husband) mampu savings RM1,000 sebulan. Masa ni belum ada anak. Lily dan husband manage gaji dengan cara tertentu but paling banyak, lily dapat saving RM1,000 sebulan. Dah tolak dua ketul rumah, 2 tangkai kereta, 2 utas PTPTN, 1 personal loan, utilities, household expenses, fuel. Adoi lenguh taip komitmen banyak ni (no shopping). Banyak tak? Masa tu lily rasa so so, tak terlalu banyak. Tapi, bila fikir jangka masa panjang, RM1,000 x 12 bulan = RM12,000 je setahun? Then ada anak nanti, tak mungkin boleh consistent saving banyak tu, mesti akan cut few hundreds kan? So maybe RM600 tops. Tapi Allah Maha Kaya, lily join Mary Kay 2 tahun, lily dah ada saving RMxxx ribu. 1 tahun 7 bulan secara part time, 5 bulan full time.


2. Kos Bersalin + Baby's expenses
OK ketahuilah lily sejenis yang tak berupaya menahan sakit. Macam mana tahu tak tahan bukan ke belum rasa? OK sebab dah buat research dan tanya orang sana sini bagai nak gila. Lepas tu suram tak tentu pasal sebab takut. Asyik asyik tanya experience orang dan google sepanjang masa 'Pengalaman Bersalin Anak Sulung' hahaha so dari situ lily buat kesimpulan, there is no way I can do it! Sakit bersalin mmg sesuatu yang nightmare untuk dibayangkan.


Masa aktif Mary Kay, lily sarat pregnant. Dan lily dah bincang awal dengan husband lily nak bersalin di Columbia. Bukan sebab high maintenance, tapi sebab lily tahu akan sakit jadi sekurangnya surrounding yang selesa buat lily rasa tenang sikit. Sepanjang tempoh pregnant tu, duit dah siap2 sediakan RM12,000 (hasil Mary Kay) considering ada complication yg incur high cost. Sebelum tu dah buat survey dan ramai yang recommend Doctor Rajesh, antara the best gynae kat Columbia jadi lily proceed. Alhamdulillah kos bersalin RM8,500 je sebab lily emergency ceaserian tapi takde complication berat sampai used up semua hehe. Balance tu lily guna utk beli expenses Andy. Expenses Andy sehingga ke saat ini semuanya jasa Mary Kay. Lily cakap pada husband,

'Sayang take care of the rest tau. Expenses Andy, savings kita, and few others biar I yang tanggung. I nak high maintenance untuk Andy sebab I dah puas rasa susah sejak lahir sampai zaman I kerja jadi I taknak Andy rasa apa yang I dah rasa. I taknak inherit tu pada Andy'

Jadi to this date, Andy under Mommy hihi. Monthly expenses dia about RM500 sebulan, kalau check 3 bulan sekali tu maybe lebih sikit sbb injection alone dlm RM200 lebih exclude paed consultation. But it's OK, sebab lily buat Mary Kay salah satunye kerana Andy Hareez, my son yg skrg ni dah 10 bulan hihi.

3. Family
Ada tak yang selalu nak bagi duit pada parent tapi takleh bagi banyak atau ada jugak yang celup celup jap bagi jap tak bagi? Lily faham. Semua orang nak bagi for sure tapi ada kekangan sendiri. Kos sara hidup makin tinggi tapi gaji tak naik-naik betul? Yes betul. Lily tak celup, tapi nak bagi lebih tiap bulan tu jarang. Sebab dah kira siap-siap kan untuk make sure saving RM1,000 tadi. Itulah duit emergencies, itulah segalanya jadi tak boleh overspent. Tapi syukur sangat jumpa Mary Kay. Rumah lily belikan, monthly tetap bagi, raya boleh spend so much dan kalau ada emergencies pada adik-adik pun, lily tak rasa beban. I will always be there for them.

4. Emas untuk Emak
Lily datangnya dari latar belakang family yang susah. Susah yang macam mana tu taknak cerita sebab nanti sampai tahun 2020 pun tak habis nanti korang menyampah kat I, so jangan menyampah janji? Tapi disebabkan financial restriction, emas mak yang seketul tu asyik keluar masuk kedai pajak gadai. Banyak masa kat kedai pajak berbanding pakai. Tangan dan leher sepanjang masa kosong je. Kat kedai bertahun, tebus dapat pakai sebulan pastu gadai balik. Sedih kan? Masa tu tak rasa sedih sangat sebab tak berapa faham lagi, tapi sekarang bila fikir pengorbanan Mak, memang air mata tu mudah je tumpah. Haa ni taip ni nangis kang kang. Jadi buat Mary Kay ni, inilah masanya nak tebus pengorbanan tu! Alhamdulillah dah 2 ketul untuk Mak. Happynya dia tak terkata, asyik jumpa orang je cerita pasal lily bagi kat dia. Allahuakbar. Terima kasih Mak, just tolong doakan segala urusan lily dipermudahkan atas restu seorang ibu.



5. Kereta Idaman
Nak kata idaman tu takdelah idaman sangat tapi at our age, mmg nak satu kereta lain. Husband lily dah pakai Satria Neo since zaman belajar so kereta tu dah kira lama jugak lah. Kereta berdating berjalan bagai yg menjadi saksi merpati dua sejoli ops haha! Masuk tahun kedua kerja, lily beli Vios so Neo yg lanjut usianya dah jadi second car. Tak boleh gerak long distance sebab fuel consumption tinggi. Jadi fikir punya fikir, apa kata mari kita jual Neo ni dan beli kereta lain? So disebabkan lily calculative dan nak fikir secara waras supaya tak menambah beban yang menggunung, kami berdua berbincang pokpek pokpek dan akhirnya lily kata,

'Biar I bayarkan down payment, hadiah sebab syg selalu support bisnes Mary Kay kita'.


Happy suami lily, maka terpacaklah Mitsubishi Lancer seperti yang diidamkan hehe. Suami orang terdekat, jadi happy kan dia. In shaa Allah kita akan dapat support yang luar biasa :) 

6. House Furniture
Kalau dah beli rumah, citernya kena ada perabot betul tak? Pastu renovation kan? Pastu zaman sekarang, kos tak payah verangan murah-murah. Semuanya amboi amboi! Tapi kenalah jugak atas faktor keselamatan dan keselesaan. Sebagai contoh, lily buat autogate dan awning kat situ dah RM7K. Lepas tu perabot biasa bukan yang gempak dan kitchen pun costs around RM28K. Alhamdulillah syukur sekali lagi pada Allah, sebab Mary Kay lily mampu bantu husband untuk cukupkan keperluan rumah utk selesa bersama.



7. Soft skills
So selain perubahan dari sudut material, lily dapat jugak enhancement dari segi soft skills. Kalau dulu tak berapa suka bergaul dengan orang sebab suka buat hal sendiri, tapi Mary Kay mengajar lily untuk berubah. Kalau masa bekerja dulu lily tak begitu diberi peluang untuk buktikan skil memimpin, Alhamdulillah dengan Mary Kay, lily dapat yang lily nak. Leadership skill makin kuat, sebab sekarang pun lily dah ada lebih 100 orang consultant yang perlukan lily perlu jadi kuat untuk dorang jadi in shaa Allah akan dijaga sebaiknya dan sama-sama bahagiakan orang tersayang. 

*****************************************************************************************

Kesimpulannya, lily secara personal memang encourage semua orang tak kisahlah sedang bekerja atau housewife atau student untuk ada side income. Untuk selesa, tak boleh satu kerja. Ya, memang boleh survive dengan gaji yang ada, tapi tanyalah diri sendiri - taknak ke buat sedikit lebih untuk orang yang kita sayang? Jom. Untuk pengetahuan, lily dah pun meninggalkan kerja hakiki selama 8 bulan untuk kerjaya full time di Mary Kay sebagai Sales Director. Resign kerja adalah satu keputusan yang amat besar bagi lily dan turning point yang cukup beri impak pada diri lily secara keseluruhan.

Tapi kejayaan yang datang perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa dan tenaga yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Masa bekerja dulu, kerja lily sangat busy. Jaga 1000 orang professionals di sektor swasta tak mudah, tahulah kan melayan karenah manusia yang ada emosi dan perception berbeza, tapi lily tetap cari part time demi perubahan hidup in the next five years. Lily taknak berada di tempat dan situasi yang sama lima tahun dari sekarang. Takut untuk berubah tapi sampai bila betul tak? Lily pun seorang yang tak suka perubahan, suka berada dalam comfort zone tapi percayalah once kita cuba, kita akan ketagih dan rasa wow gitcuuuu tak sangka aku boleh buat!

As for me, Mary Kay is the best platform untuk long term business sebab ada career path. Yang ubah kita dari sudut financial dan spiritual, ubah diri sikit demi sikit ke arah yg lebih baik, dunia dan akhirat. Kalau sekarang korang tercari-cari side business mahupun full time career, you may consider Mary Kay atas beberapa sebab:

1. Mary Kay adalah sebuah company yang sangat established, 50 tahun di dunia dan well known di lebih 40 buah negara serata dunia.
2. Productnya kita sendiri suka. Skincare dan cosmetics yang sinonim dengan perempuan.
3. Mary Kay antara company yang ada education system terbaik!
4. Whatsapp lily kalau nak tahu lebih lanjut. Kita chitchat jom!

Last but not least, terima kasih sebab sudi baca pengalaman lily yang tak seberapa ni. Ingatlah, semua orang start dari zero tak tahu apa-apa, begitu jugak dengan lily. Tapi keep think positive and ACTION! Lily alu-alukan jugak kalau ada yang nak lily ajarkan selok belok bisnes Mary Kay. In shaa Allah kita sama-sama berjaya :)



Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.