Thursday, 23 March 2017

Mary Kay Renewing Gel Mask - Sleeping Mask Awesome!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Berapa ramai dekat sini yang dalam rejim penjagaan kulit dia ada Mask? Takde? Yes sama! I pun takde hingga tahun lepas. Sekarang Alhamdulillah dah ada sejak kenal Mary Kay. Dulu tak tahu yang Mask ni penting. Hari-hari duk mengadap cermin dan fikir apesal lah kulit ni kusam bebenor. Kan aku cuci muka tiap hari, pakai toner pun tiap hari. Apa lagi yang tak cukup? Yes! Memang tak cukup. Jangan sesekali ingat yang bila dah pakai cleanser dan toner tu, chuols mengharapkan kulit yang sihat sejahtera dan glowing sihat. Memang idakler hihi.

Generally, ini fungsi Mask:
'Membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit'

Sekarang kita refer pulak secara terperinci tentang Mary Kay Renewing Gel Mask, okay?


CAMNE MARY KAY GEL MASK BERFUNGSI?

Mary Kay Gel Mask sangat cepat menghidratkan kulit especially untuk individu yang kulitnya kurang lembapan, dengan kata lain keringlah. Gel Mask memang purposely dirumus untuk tarik dan kekalkan lembapan tu pada kulit, sebab tu sangat disarankan pakai waktu malam sebagai sleeping mask. Masa tidur kita dah tak buat apa-apa aktiviti, cuci muka, sentuh muka dan sebagainya maka penyerapan tu elok dan Gel Mask dapat berfungsi dengan efektif.

Jadi kalau yang berkulit oily macam mana pulak? Don't you worry girls sebab Gel Mask ni jugak dirumus untuk bantu seimbangkan paras lembapan. Ada gliserin sumber tumbuhan yang bertindak sebagai humektan yang berfungsi untuk tarik lembapan dari kulit. Maknanya bila kita apply, Gel Mask akan mampu pastikan lembapan pada kulit kita di paras optima - tak terlalu kering dan tak terlalu oily. So far boleh faham kan?

Next, Gel Mask ada ekstrak biji berangan yang terkenal dengan faedah menegang dan tenangkan kulit. Sebab tu kalau malam ni kita apply Gel Mask, bila cuci muka esoknya lepas bangun tidur, memang kulit rasa firm lain macam. Rasa muda tapi pada masa yang masa tak rasa tegang pun. Rasa lega. Ada customer I yang tanya,

'Akak, saya nak pakai Gel Mask ni hari-hari boleh tak?'    Nampak tak :)

Sistem pertahanan kulit dari radikal bebas yang menyumbang pada masalah kulit pun akan meningkat dengan adanya niasinamida - salah satu bentuk utama vitamin B3. So good!

Apa tu radikal bebas? Ni dia.

Sumber radikal bebas - pemakanan tak sihat, asap rokok, pencemaran etc.

FUNGSI GEL MASK SECARA KESELURUHAN

  • Hidratkan kulit dan mengunci lembapan supaya kulit kekal lembap.
  • Kulit berasa lebih tegang, sihat, lebih lembut dan kelihatan terisi dari dalam.
  • Membantu kecikkan pori, mengurangkan garis halus serta kedutan.
  • Menyuburkan kulit untuk nampak sihat dan glowing 
  • Bantu redakan kulit yang menggelupas/terlalu kering
  • Serap minyak dari kulit muka yang terlalu oily
  • Tanggalkan kekotoran yang tersumbat dalam liang pori
  • Remove sel kulit mati dan whitehead/blackhead secara efektif
  • Buat kulit nampak glowing!

Ingat tau.

Bila kulit tak cukup lembapan - tak kisahlah berapa usia kita sekalipun, garis halus dan kedutan akan jauh nampak ketara sebab kulit tak seimbang dan tak berada di tahap yang optimum. Yang berkulit oily pulak jangan ingat dah selamat hihi sebab kita tetap perlukan Gel Mask ni untuk kekalkan lembapan dan remove segala sel mati yang menyebabkan kulit kusam. Satu tube boleh bertahan selama 5 bulan (2/3 kali satu minggu). Ini rupa Mary Kay Gel Mask.





RENEWING GEL MASK
FRONT AND BACK SIDE









Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.

Tuesday, 21 March 2017

Kehebatan Mary Kay Sun Protector SPF35


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Eh perasan tak? Sekarang ni cuaca panas makin menjadi-jadi. Kalau keluar, memang rasa tangan dengan muka digigit sinaran mentari. Pedih! Ni akan lebih nightmare pada yang senang sunburn dan sedang pakai peeling product sebab kulit akan lebih senang terbakar dan pedih - lapisan kulit dah nipis sobs!


APA KATA PAKAR KULIT?

“Menggunakan produk yang memberikan perlindungan lingkungan luas terhadap sinar UVA/UVB seharusnya menjadi keutamaan tertinggi dalam rejimen penjagaan kulit harian. Pendedahan terlalu lama di bawah matahari bukan sahaja boleh mengakibatkan tanda penuaan pramatang – seperti kedutan dan nada kulit tidak sekata, malah turut menyebabkan keadaan kulit yang lebih serius seperti kanser kulit.” 

OMG
OMG
OMG!

Macam biasa, I buat dalam bullet point ye untuk chuols rujuk apa kesan pada kulit kalau kita tak pakai sebarang sun protection. Sebab kalau tak cerita, ramai antara kita yang endah tak endah dan anggap tak penting:

1. Sunburn dan kulit tisu akan rosak
2. Risiko kanser kulit
3. Tanda penuaan kelihatan lebih cepat sebab kolagen kulit dah rosak
4. Kulit berkedut, kusam dan tumbuh garis halus

Credit to Google

Gambar ni explain agak clear pada kita yang mana:

1. UVB akan merosakkan lapisan kulit paling atas (epidermis) iaitu melalui burning/sunburn
2. UVA akan menyebabkan kulit lebih tua dan wrinkle untuk timbul sebab UVA tu akan diserap hingga ke lapisan kedua (dermis) so yang ini dah tahap bahaya. Penghasilan kolagen berlaku kat sinilah tapi kalau dia rosak sebab UVA tu acaner?


Jadi dalam keadaan macam ni, apa perkara utama kita perlu ada? Tentulah sun protection. Sebenarnya sun protection sangat sangat penting untuk dipakai setiap kali kita keluar rumah, tak kiralah apa cuaca sekalipun. Tapi yang perlu diingat, sinar UVA dan UVB berbahaya akan bertambah kuat pada musim panas macam sekarang ni. Takut tak? So scaryyyy. But FRET NOT GIRLS! Sebab Mary Kay ada Sun Protector SPF35 yang sufficient untuk kulit dapat 99% sun protection dari UVA dan UVB! Woahhh.




Sebelum kenal Mary Kay, honestly memang I tak pakai Sun Protector dan tak pernah tahu kepentingan dia secara terperinci. Patutlah dulu kulit kusam dan wrinkle pun dah ada walaupun awal 20-an. Masa tu tak suka sebab kebanyakan Sun Protector ni buat kulit rasa berminyak, jadi fobia dan ambik masa jugak untuk try. Guess what? Bila dah try Mary Kay Sun Protector ni, terasa nak ketuk kepala sendiri kenapalah dari dulu tak pakai sebab tak melekit langsung. Lepas apply, dia serap masuk masuk dalam kulit dan jadi matte!

Ciri-ciri & Kelebihan Mary Kay Sun Protector:

• Formula ringan dengan teksur licin dan menyerap baik pada kulit
• Perlindungan spektrum lebar UVA/UVB
• Diuji pada kulit orang Asia dan sesuai untuk penggunaan setiap hari
• Tak berminyak dan menyerap cepat kedalam kulit
• Digunakan sebagai penghalang matahari dan makeup base
• Ada fungsi anti-aging dam mampu kekalkan pH/kelembapan kulit
• Perlindungan dari jeragat/sunburn/kulit kusam
• Ada vitamin E (Asetat Tokoferol) iaitu antioksidan yang bantu protect kulit daripada kesan radikal bebas


Protect sebelum rosak. Yang dah rosak, carilah solution ya. Jangan dibiarkan hingga timbulnya jeragat yang sangat susah untuk dipudarkan. Sun Protector Mary Kay boleh bertahan hingga 4 bulan, maka jangan risau sbb dia sangat jimat! Ini masa terbaik untuk ubah mindset dan bertukar angin pakai Mary Kay, I sedia membantu. Whatsapp jer :)


Lily Suraya | 0175961077
Independent Beauty Consultant
IG Page : Liliesuraya
FB Page: Lily Suraya Mary Kay Beauty Consultant


DISCLAIMER: THE BLOG CONTENT IS PERSONAL AND COPY PASTE EXERCISE ARE NOT ALLOWED. PLEASE PRACTICE THE GOLDEN RULES AND RESPECT THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT OF OTHERS.